Selalu orang menyebut DETOX atau dalam bahasa yang kita selalu sebut NYAHTOKSIN. Apakah maksud sebenar detox?
Secara normal, setiap hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui
peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu
bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal
Dari mana datang toksin?
Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam
badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara
seperti :
- UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
- MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau
dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.
- UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.
- RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
- MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus
akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
- DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh
menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni
sistem manusia
Tanda-tanda anda perlu DETOX
- Masalah penghadaman
- Sembelit
- Sakit kepala
- Jerawat
- Penuaan pra-matang
- Letih
- Berat badan berlebihan
- Insomnia
Cara & Langkah-langkah DETOX
Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :
- PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
- DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul
dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula,
makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh
hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke,
cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
- DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber)
seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan
buahan berries.
- DETOX melalui kulit - minum air yang ditapis lebih banyak dari
biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran
peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
- MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan
anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan
tambahan dan vitamin dan menggunakan sistem penapis air yang baik
Detox dengan SHAKLEE!
Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya untuk
membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan
buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk anda :
Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelabagai
nutrisi dan digelar 'Raja Segala Tumbuhan'. Membantu proses detox hati,
darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan
badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat
masalah penghadaman dan banyak lagi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_2ar9ptlVOBbssWfTvYsFhLNFdRRsIJj8YbswjvUivq-LyxUCaCXx27Hltpl7vOOaOwyoPTH1Dtrdmkm4x9gRgBnBJ_q-HOzajnOZvOFIxd7xV0mCqVVi8fkezULjCXSWdmDWmy88dco/s200/DTX+Complex%E2%84%A2.jpg)
DTX
Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan
hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan
Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu
mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan
penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin
dan merawat masalah hati
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1q3BUtVn5X8njvV6AoMdTd-gIJapCMn4jCZ6K9VvpwKoDbjPd27e-2huKjUwk20xNQTPQiSpCjYV_CIKEeFnc3F2RxnUK1_zIQkgb1K9A7z0j1U864Dif7aTsPp8ckgaiGMwqsLBmncM/s200/garlic.jpg)
Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus
bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan
sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah,
antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvo7cJcT8keIS9JgH1vP7MWPL8157p301uayWs1OEBGYsQElqhHgFpSANuSEyWav-RCZl5dOnqdO86KkUG0KTup5Grb6popU8bmT0Znx2V0scrZLyJ666CQPImrgEKMYLHE2Vo1gA4qiI/s200/herblax.jpg)
Herblax
(Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati
cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue
malva), kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis
(fennel), akar rhubarb & akar Culver's. Membantu membersihkan usus
dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus
& melegakan sembelit
Bila waktu terbaik detox?
Sebenarnya kita boleh melakukan detox pada bila-bila masa. Badan kita
bukan kereta yang perlu ada jadual penyelenggaraan. Cuma yang penting,
bila badan rasa tidak selesa, dan timbul simptom-simptom seperti sakit
kepala, berat badan berlebihan, tidak hadam, keletihan, sukar tidur dan
jerawat - mungkin kita perlukan detox. Pakar nutrisi mencadangkan supaya
seorang individu dewasa melakukan detox menyeluruh sekurang-kurangnya
setahun sekali. Tapi, sebaiknya anda lakukan mengikut keperluan.
Menurut Dr. Juliet Tien, pakar dalam bidang ini - jika anda
jarang-jarang melakukan proses detoksifikasi, disarankan anda
melakukanny selepas musim perayaan kerana pada masa inilah anda akan
mengambil makanan yang berpotensi mentoksikkan badan dalam jangka masa
pendek dan panjang. Makanan manis, berlemak, berminyak, makanan tersedia
yang mungkin dicemari yis dan parasit banyak dihidangkan di rumah
terbuka dan jamuan-jamuan.