Gout adalah satu penyakit sendi yang disebabkan oleh asid urik
berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuh sejenis protein
iaitu purin. Tubuh kita menyingkirkan bahan kumuh ini melalui air
kencing, tapi apabila ia berlebihan dan tidak dapat dibuang, ia
terkumpul di dalam sendi. Inilah yang menyebabkan gout.
Tubuh menjadi kurang efisien untuk membuang asid urik tersebut
apabila buah pingang tidak berada di tahap kesihatan yang optimum. Ya,
buah pinggang kita adalah organ perkumuhan yang penting untuk
menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh, namun dalam
beberapa keadaan, buah pinggang tidak dapat bekerja dengan baik, akibat
dari:
- Pengambilan ubat-ubatan berunsurkan ‘drug’
- Stress dan tekanan perasaan
- Pengambilan protein yang berlebihan
- Kekurangan vitamin tertentu yang diperlukan untuk proses perkumuhan
Ini adalah antara vitamin gout yg kami cadangakan:
ALFALFA - detox semulajadi yang menyingkirkan
toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air
yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.
PERFORMANCE DRINK – memelihara kandungan bendalir
dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk
pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses
perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai
detix di atas.
OMEGA GUARD – mengelakkan keradangan sendi.