nuffnang

Khamis, 16 Januari 2014

50 Tips Membina Keluarga Bahagia - Dr Fadzilah Kamsah


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.



4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.



5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?
6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
12. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?
35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

8 TIP DIET


Sejauh manakah kesediaan atau pengetahuan anda tentang diet yang sedang anda lakukan sekarang? Jika ya, perlu anda ketahui bahawa perkara asas yang perlu anda lakukan ialah memberi fokus kepada makanan yang anda ambil setiap hari di dalam plan pemakanan atau diet anda ini.
Tip-tip yang disenaraikan dibawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisma, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya.
1. Menambah Karbo Selepas Senaman
Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda.
Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.
2. Jangan Tidur Ketika Lapar
Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.
3. Kitaran Kalori
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya?
Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini.
Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.
4. Lengkapkan Dengan Protin
Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.
Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda.  Pilih protin yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.
5. Jadualkan ‘Cheat Day’
Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.
Dengan menjadualkan ‘Cheat Day’ ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain.
Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.
6. Saratkan Dengan Serat
Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.
Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.
7. Kawal Pengambilan Minuman
Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.
Jika anda peminat tegar minuman manis ini, alternatif yang ada ialah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak usaha menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya.
Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.
8. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)
Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.

GARLIC SHAKLEE

Antara kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex Shaklee adalah Garlic Complex ini diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan BEBAS 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada suhu terkawal iaitu suhu bilik semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100% ( tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunayi Allicin aktif.) Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh.


Kegunaan Allicin pada bawang putih untuk kesihatan manusia : 

  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti aktiviti radang
  • Berfungsi sebagai anti oksidan 
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma




Kelebihan GARLIC Shaklee : 


     
  • Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman dengan formula uniknya mampu menyelesaikan masalah seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.Pylori dan menghalang ulcer gastrik.
  • Menurunkan kolesterol dengan menurunkan kolestrol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang stroke serta penyakit Koronari.
  • Menstabilkan glukos 
  • Membantu mencegah kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser - Nitrosamine
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi - 2-4tablet garlic dapat menurunkan darah tinggi dengan 8 point
  • Menghalang alergi - sinus, alergi,asthma, selsema dan hepatitis.
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari dimusnahkan oleh logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
  • Antibiotik yang selamat & semulajadi - Garlic adalah antibiotik semulajadi dan selamat untuk  kegunaan jangka panjang untuk menigkatkan sistem imun tubuh lalu menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis Candida.

PERFORMANCE DRINK

Kita sering dimomokkan dengan minuman isotonik (sport drinks) yang berkarbonat (bergas) dan mengandungi gula berlebihan.

Anda sudah penat dengan minuman isotonik tidak sihat yang berlebihan gula & berkarbonat?

Jika anda adalah peminum tegar minuman isotonuik, Performance Drink Shaklee adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar)!

Mengapa saya beria-ria benar berkempen kepada anda untuk membeli Performance Drink Shaklee?

Jawapannya mudah. Bagi saya minuman Performance Drink Shaklee ini diperlukan oleh setiap ahli keluarga anda yang tersayang. Sama ada suami, isteri mahu pun anak-anak anda yang riang dan aktif!

Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:

Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
Para pesakit yang menghidap gout.
Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.


Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
Anak-anak yang demam.
Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.

Mengapa anda perlu berkata YA kepada PERFORMANCE DRINK

Bebas gas atau tidak berkarbonat.
Kurang kandungan gula (less sugar).
Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT

Rabu, 15 Januari 2014

DAFTAR KEAHLIAN SHAKLEE

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee

Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya di talian 012-2566440 (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee yg berdekatan dan mendaftar dengan menggunakan ID saya 920960 sebagai sponsor/upline.

Yuran keahlian Shaklee

Pendaftaran ialah RM65  dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain uv/points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan uv/points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase

Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Benar, tak perlu maintain point atau ada pembelian.

Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch?

Anda perlukan id sponsor/upline iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID saya  920960 sekiranya anda berhasrat untuk bersama2 dengan saya  dalam bisnes Shaklee ini 

Apa kelebihan jadi ahli Shaklee

Anda dapat membuat pembelian dengah harga ahli yg jauh lebih murah dari harga pasaran (boleh email ke rieshaariesha@yahoo.com untuk mengetahui Pricelist Shaklee). Setiap pembelian, anda akan diberi points/uv yang boleh ditukar kepada cash setiap bulan sekurang kurangnya 150uv/point untuk anda dptkan cash

Dengan menjadi ahli di bawah saya dan  (menggunakan ID saya sebagai sponsor), anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan group saya .

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh terus hubungi saya di talian 012-2566440 atau anda boleh email kepada saya rieshaariesha@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Selasa, 14 Januari 2014

SET SENGUGUT




Apa itu senggugut?

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea(Satu keadaan di mana seorang wanita merasai kesakitan selama sehari atau beberapa minit akibat serangan haid). Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Jika anda sering mengalami senggugut setiap kali datang period,saya cadangkan anda mencuba set ini



Bagaimana ketiga2 vitamin ini bertindak?



1. Shaklee GLA Complex

Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis


2. Shaklee Ostematrix

Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.


3. Shaklee B-complex

# Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.

# Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.

# Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.

# Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.

# Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan
Jika berminat whatsap sha 
012-2566440
sid 920960






KAWAN VS SUAMIKU


ASSALAMMUALAIKUM...hari ini aku terpanggil nak cerita pasal percintaan aku bersama suamiku hehehhe malu la pulak tp just nak share ngan uols bagaimana aku leh jupe suamiku...BERTEMU tahun 2009 di kolam air panas selayang masuk tgh lepak dengan ekin ngan adik ..dalam dok berborak tu tetiba dtg satu keta wira kuning dlm aku duk sibuk msg ngan boyfren masa tu tetiba adik (haniza )ckp wei kawan aku datang tau ..aku pun balas ..kawan ko yg mane satu ni ?adik ckp  ni kawan pakwe aku so aku pun ok la ajak la dia lepak sekali ..masa tu mmg aku tk pandang la suami aku coz masa tu aku dah ada boyfren kan hahhaha berlagak gila kan ...habis kat situ kami berjumpa lagi malam merdeka tahun 2010 dekat old town JALAN YAP KWAN SENG..org kemain gi sambut merdeka kitaorg dok sibuk melepak makan kat old town hahhah (tak kuasa aku nak sesak nak sambut merdeka )dlm duk borak tetiba dtg la 1 mamat ni kawan adik ..masa tu tak salah aku ekin ina echa adik dan lyn sume ada suami aku sorang je sang kumbang yg sesat sbb dia mmg sgt rapat dengan adik ...nak jadi cerita tetiba aku teringat ,aku pun tanya la adik (wei dia ni ke yg kita jupe masa kat selayang tu )adik balas aah dia la oooo... dlm hati aku ckp  (wow not bad ada perubahan )coz masa jupe tahun 2009 tu mmg sumpah sebijik cam mat rempit hahaha kuang ajar kan aku ni kalo korang tak percaya meh tgk pic ni
....dan dr hari tu kemana saje kita org lepak mesti suami aku ada ..kitaorg panggil dia wan cam yg adik kenalkan la ...di pendekkan cerita 2010 tu mmg aku dah single la tp end of year ada la aku berkawan dengan kawan lama aku yg aku gelar dia sebagai (bulan )tp walaupun ada kawan lelaki masa tu tp masa aku banyak dihabiskan dengan kawan aku ...setiap malam pasti melepak je keje kitaorg kekadag tak tau apa yg diborak sampai 4 5 pg baru balik hahahah jiwa muda la katakan  padahal esok nk keje pagi ni .2011 tiba penuh dengan kesedihan dan kegembiraan kerana hubungan aku dengan (bulan  ) berakhir dan disini menjadi titik mula suamiku masuk lain .hahhahah padahal mmg aku tkder hati dan tak pernah suka kat dia ..2011 tiba menjadi titik permulaan cinta kami aku tak tau nk ceritakan kat korang apa yg aku rasanya masa tu ..hati sedih dengan kisah silam tp kawan menjadi peneman setia inilah kawan kawan aku








.kisah bermula bila aku dapat kerja baru dekat DAMANSARA BIZ CENTRE sebagai receptionist ...itu pun kerja tu ekin yg tolong dptkan (terima kasih ekin kaulah kawan dunia akhirat  )aku menjalani hari bekerja seperti biasa kawan still menjadi teman berhibur kami ni suka berborak dlm facebook semua kawan kawan aku suka sgt membahan suami aku ni hehhehe entahlah mungkin sbb dia sorang je kawan lelaki yg selalu lepak ngan kitaorg mungkin sbb tu lah dia selalu kena hehheh sori daddy mummy buka sejarah lama sikit jangan marah ok ..di pendekkan cerita 1 hari suami aku call aku ckp nak lunch sekali (eh dalam hati rasa pelik ni apahal pulak mamat ni nak ajak aku lunch ni )mula2 aku mengelak juga tp dia sgt bersungguh ok aku pu cakap ,aku rehat ga ikin sekali tau .suami aku jawab ok ko ajak la ekin sekali ..memandangkan waktu rehat aku ngan ekin ni jauh sikit bezaya so aku turu dulu kat MCDOALD bawah opis semetara tggu iki turu suami aku pu g la duit kat aku suh beli mcd  (erm gentle la konon belanja )hehheheheh ...masa tu still tkder perasaan coz aku ni mmg susah nk suka org hari ke hari kami selalu la berborak kat fb sampai la 1 day opis aku terpaksa pindah dr pusat bandar damansara ke bukit damansara masa hari nak pindah tu sekali lagi suami aku ajak lepak (adoiii diani nak lepak camne ni dah la aku tgh sibuk nak angkat barang kemas opis sume ...tak salah aku masa tu kul 1 kot dia dtg kat mcd bawh opis ...masa tu rasa sgt selesa la berkawan ngan dia sejak dr tu aku suami aku dan ikin bertambah rapat .tp masa tu kami semua tau dia ni tgh berkawan dengan awek bernama NADIA heheheh budak sekolah tak salah aku ...di pendekkan cerita tak salah aku kul 1 pagi masa tu KRING .....KRING ..(fon bunyi aku angkat dengan suara wan )dia tanya aku tgh buat apa ofcoz la ku tgh tido tp masa tu agak terkejut jugalah yg lagi terkejut mane dia dapat no fon aku sbb aku ni mmg ssh nak bg no fon kat org dan jawapan tu sampai sekarang aku tk dpt@ hahhahah> dia call malam tu dia ckp camni  (MANJE esok ko bangun kul brape ?aku pun jawab kul 5 kenapa ?ko leh tak tolong kejutkan aku kul 5.30 sbb aku takut tak terjaga?ermm aku pun dengan pisat2 aku jawab ok ...(dlm hati ko ni dah kenapa pulak suh aku kejut ko ni?)esok pg aku pun kejut la dia dan pergi keje cam biasa masa otw gi opis tu dia call ckp nak ajak breakfast sama kat opis aku (masa tu aku rasa cam malu2 dah kenapa pulak aku ni nak malu mcm tak kenal dia )hahahhaha aku pun ckp kat ikin wei wan ajak breakfast sama ikin jawab ok jom la cepat amboii pompuan ni pantang jantan ajak hehhehe kemain laju lagi ko ye hahahahha sori ikin aku gurau lepas dah breakfast tu dia pun balik dah aku ngan ikin pun ok masuk opis tetiba ikin tanya HAAAA nje aku rasa mamat ni suka kat ko la (dengan berlagak nya aku jawab ishhh tak kuasa aku budak muda nokkk i tak minat ok )aiyooo berlagak betul macam cantik je kan mesti korang pikir camtu kanhahahaha ...di pendekkan lagi cerita kami lepak dekat ayam penyek kg baru masa tua ku nga ikin je lepak tetiba suami aku call ikin tanya kat mane kira dia ngn ikin ni rapat juga la coz ikin ni soft spoken mmg lemah lembut ..tak slah aku masa tu lepas tahun baru cina bulan februari.lepak punya lepak borak punya borak tetiba dia ajak aku ngan ikin naik genting ermmm kitaorng ni pantang ajak on je lagipun masa tu cuti umum tk salah aku heheheh kitaorg pun seloroh la ko belanja ok ? sekali lagi dia jawab denga gentle ok no problem tp keta aku tkder la coz hantar repair hahahha ermm jangan risau kitaorg ada kereta .plan pun on naik keta ikin aku ngan ikin terus ke selayang amik dia kat rumah dia .tak salah aku 15 februari masa tu..punyalah gemble naik 3 org je hahahha 3 org pun cam 30 org punya perangai tau hahahha ...mmg sgt hepi naik genting masa tu



.ok aku pendekkan cerita sbb aku takut korang boringkan balik je dr genting tu aku rasa perasaan mmg sgt lain tak tau kenapa  selang 2 3 hari kami pun bermesej di facebook tetiba je suami aku ckp (di panggil aku manje sbb mmg tu nama panggilan aku ) manje aku rasa lain la lepas balik dr genting tu tak tau nak ckp lain camne  (eh dlm hati aarhh sudah kenapa pulak tetiba nak sama ngan aku ni ) ermmm aku punya tanya ko rasa apa pulak ? ermmm dia jawab ssh la nak ckp tp masa tu ayat sgt berbunga aku pun balas eh ko ni jgn nnt dah terpikat nnt ssh hahhaha (peraasann betul la aku ni )padahal aku mmg mulut lepas je tk kuasa mak nak selindung nokkkkk hehehehe...lepas 15 februari tu aku dan wan semakin rapat dan rapat sampai la dia sendiri meluahkan perasaan dia suka kat aku memandangkan masa tu aku tgh single ...aiyooo aku mmg tk suka dah takkan suka sbb dia muda dr aku tp jodoh ketentuan kita tak leh tolak kan ..mungkin sudah tertulis di luthmahfuz dia jodoh aku ..aku pun cerita la kat ikin coz ikin 1 opis nga aku so apa2 semua ikin akan tau dulu..,.mula2 aku ckp kat ikin tentang perasaan wan kat aku dah aku ckp yg aku tkleh terima tp ikin mmg sgt berjiwa kawan dia ckp ngan aku (nje apasalah nya ko bagi dia peluang mungkin ini jodoh kau ?kau bg dia peluang kalo lepas ni ko tak suka juga ko bgtau je dia kalo suka ko teruskan ?)rasanya adala dalam seminggu juga aku pikir tp keputusan tu aku bg selepas aku pulang dr bandung ..aku rasa perasaan sgt lain kali ini aku ikut ckp ikin untuk bg wan peluang kami terus berkawan dan alhamdulillah kami serasi dan dia sgt penyayang dan lagi penting dia mmg lain dr yg lain tk perlu la ku cerita kan ..tp aku cabar dia aku ckp aku dah banyak kali berkawan tp tk menjadi umur aku pun dah 26 tahun so aku tknk buang masa kawan tak tentu hala kalo ko rasa ko suka aku ko gi la jupe mak bapak aku (wahhhh kemain lagi aku bg syarat kat dia)tp uols jgn terperanjat sebulan kawan ngan dia mmg sgt gentle dia terus jupe mak bapak aku ...dah yg lagi best dia siap tunjuk kat aku buku asb dia (di melamar aku dia ckp dia mmg nak kawin dan dah ada simpanan...aku pun sgt terkejut sbb baru sebulan kot ...aiyooo mamat ni biar betul ...kami pun follow the flow perjalan tu mcm dah ditentukan bulan ke 4 berkawan dia terus bawa aku jupe mak bapak dia kat kampung (alamak perasaan rasa serba tak kena dah nak kawin ke aku ni )ermmm sampai kat kg dia aku pun buat cam biasa ,biasala aku ni mulut mmg becok so kena lan ngan mak dia yg banyak ckp so keadaan jadi bertambah ok la ada je benda yg aku nk ckp masa tu ...selang seminggu dr hari tu mak bapak wan ni pun call mak aku ckp (kami nak dtg ni nak merisik )kebetulan masa mak mertua aku call tu aku mmg ada kat umah so mama aku cerita la kat aku yg mak wan ni nak dtg merisik .bincang punya bincang bertemu la tarikh 2 JULAI 2011 aku dan wan ditunangkan  dlm majlis yg serba ringkas dengan ahli keluarga sahaja dan masa tu juga la kedua2 famili kami berbincang nak kami di satukan pada tahaun baru china 2012 .dan kata sepakat telah dicapai 21 JANUARI 2012 nikah dan 22 JANUARI 2012 sanding ...haaaa 5 bulan je lagi dlm hati aku sempat ke nak prepare sume ni ...aku pun follow the flow mungkin allah s.w.t sudah tetapkan ya allah dlm hati aku berkata betul ke aku nk kawin ni dengan seorang kawan yg dulunya aku panggil DODOL n now dia akan menjadi suami aku 5 bulan dr sekarang ...kekadang rasa cam tak percaya tapi aku percaya pada qada dan qadar yg menetukan segalanya ...kami sendiri tak tau tp bersyukur dengan aturan allah s.w.t yg memberikan seribu kemanisan dan membuat perjalan percaintaan kami berakhir di jinjang pelamin








alhamdulillah kini aku sah sebagai isteri MUHAMAD RIDUAN BIN MUHAMAD alhamdulillah cinta kami bersatu bercinta selepas kahwin itu mmg sgt indah bila di kira2 dan dihitung kami hanya berkawan 9 bulan sahaja sebelum sah menjadi suami isteri ..kini aku bahagia bersama suami ku dan seorang putera  KAMI MUHAMAD RIZQI HAKIM
..alhamdulillah indahnya percaturan mu ya allah suamiku yg dulunya hanya kawan ku kini menjadi suami ku amin ya allah kerana menyatukan cinta kami ..





Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...