nuffnang

Isnin, 27 Januari 2014

7 Petua Meredakan Demam Kanak- kanak

7 Petua Meredakan Demam Kanak- kanak

Ibubapa mana yang tak bimbang bila anak- anak demam , kan? Melihat wajah yang selalu gembira jadi monyok, biasanya aktif berbaring atas katil dan selera makan yang hilang, selalunya kita sebagai ibubapa akan tak senang duduk mengenangkan anak kesayangan yang demam.
Berikut disertakan petua bagi meredakan demam anak- anak:

1. Pastikan anak betul- betul demam
Suhu badan manusia berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak- anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital , kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.
Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.
Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan menggalakkan anak minum air dengan banyak.

2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.
“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;

1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.
JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/ AIS!
Air sejuk/ ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.
Terdapat ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.

3.Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangkawaktu yang ditetapkan.
Ubat paracetamol ( atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang yang telah diuji selama bertahun- tahun selamat digunakan selagi tidak melebihi dos maksimum yang dibenarkan. Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar, jika diberi mengikut sukatan dan jangkawaktu yang ditetapkan.
Ianya selamat untuk bayi seawal usia 2 bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Malah mereka yang mempunyai masalah gastrik atau pedih ulu hati, juga boleh menggunakannya.
Sekiranya demam anak- anak didapati tinggi, melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading dose 20 mg/ kg. Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg setiap 4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.
Contohnya:
anak 3 bulan ke bawah:
kirakan berat badan misalnya 4 kg , jadi
4×20 mg= 80 mg – beri semasa pertama kali badannya demam.
Selepas 8 jam , 4 x 15 mg= 60 mg setiap dos.
Jika anak berusia 1 tahun, beratnya 6 kg
6×20= 120 mg, dos pertama.
Selepas 6 jam, dos kedua 6×15 = 90 mg.
Sekiranya dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12 tengahari, 6 petang dan jangan lupa bangun malam, untuk memberikan dos keempat pada jam 11-12 tengah malam. Saya dapati jika ibubapa mematuhi waktu ini,termasuk dos tengah malam, insyaAllah demam ketika malam tidaklah begitu tinggi dan anak pun boleh tidur dengan selesa.
HARAP PERHATIKAN KEPEKATAN UBAT PARACETAMOL ANDA
Jika kepekatannya 120 mg/5 mL- maka 60 mg bersamaan 2.5 ml
Jika kepekatannya 250 mg/5 mL – maka 60 mg bersamaan dengan 1.2 mL
Biasanya kepekatan 120 mg/5 mL untuk bayi/ kanak- kanak 6 tahun ke bawah. Kepekatan 250 mg/5 mL selalunya digunakan untuk kanak- kanak 6 tahun hingga 12 tahun.
Jika dos yang diberi tidak mencukupi, kemungkinan demam tidak akan surut. Jika terlebih dos , barulah boleh mengganggu fungsi hati. Oleh itu, diminta ibu bapa mengira dengan teliti serta menggunakan picagari supaya kiraan yang dibuat adalah tepat
.
4. Galakkan anak minum air dengan banyak
Letakkanlah sebotol air di tepi katil anak- anak dan segelas cawan. Jika anak- anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit- sedikit, tetapi kerap.
Jika anak masih kecik, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit- sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air.
Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas( air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.
Untuk menambah air di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain- lain.
Ibubapa boleh menilai tahap hidrasi anak-anak dalam artikel ini. Jika anak mengalami dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/ terus ke hospital untuk rawatan lanjut.

5. Berikan suppository paracetamol jika anak muntah
Dalam kes jangkitan virus, anak selalunya akan mengalami rasa loya dan muntah, dan kerap kali tidak dapat menelan ubat yang diberi. Ibubapa boleh menggunakan suppository paracetamol ( ubat berbentuk seperti roket yang dimasukkan ke dalam punggung) bagi menggantikan sirap paracetamol.
Terdapat 2 dos bagi suppository paracetamol iaitu 125 mg dan 250 mg. PASTIKAN dos yang diberi adalah tepat. Amnya, jika anak mempunyai berat 15 kg, paracetamol 125 mg. Jika anak mempunyai berat 20-30 kg, boleh diberi dos 250 mg.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan dalam pemberian suppositoy paracetamol
- oleh kerana ia bukan sirap dan keras, agak sukar memberi dalam dos yang tepat. Sekiranya dipatahkan, tidak semestinya ia tepat.
- penyerapan ubat melalui punggung adalah tidak sekata. Walaupun suhu mungkin turun dengan cepat, ia juga boleh naik semula dengan cepat. Bebarapa kajian menunjukkan sirap Paracetamol yang dimakan dan diproses oleh perut adalah bertindak dalam darah lebih pantas dan lebih stabil dari supp paracetamol.
Atas sebab di atas, penggunaan sirap/ tablet paracetamol adalah lebih digalakkan berbanding suppository. Suppository boleh digunakan jika anak muntah- muntah dan tidak dapat makan ubat.

6. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak- anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak- anak juga lebih selesa.

7. Sekiranya telah memberi paracetamol tetapi masih tinggi, ibubapa boleh memberikan ibuprofen sebagai tambahan kepada paracetamol.

Ibuprofen adalah sejenis ubat meredakan radang dari kumpulan NSAIDS. Ianya telah disahkan selamat untuk digunakan untuk kanak- kanak dan bayi berumur 2 bulan ke atas. Ibuprofen diberi 3 kali sehari.
Sekiranya digunakan sebagai tambahan kepada paracetamol, ibuprofen dan paracetamol diberi berselang 6 jam. Ini supaya ubat paracetamol/ ibuprofen sentiasa berada dalam badan tanpa putus. contohnya
Pukul 6 pagi- paracetamol
Pukul 9 pagi- ibuprofen
Pukul 12 tgh- paracetamol
Pukul 3 petang- ibuprofen
Dos untuk ubat ibuprofen
Bayi 1-2 tahun: 2.5 ml , 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 3-7 tahun: 5 mL 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 8-12 tahun: 10 mL, 3-4 kali sehari.
Seboleh- bolehnya Ibuprofen diberikan selepas makan tengahari/ malam/ sarapan pagi.
Akhirnya, sekiranya demam masih tinggi dalam 2-3 hari, bawalah berjumpa dengan doktor bagi memastikan beliau tidak mengidap masalah jangkitan yang serius dan berbahaya seperti demam denggi atau meningitis( radang pada otak).

CEASAREAN ATAU NORMAL

Adakah pembedahan caesarean selamat, berbanding kelahiran biasa?

Secara amnya, kaedah bersalin secara normal adalah lebih selamat berbanding pembedahan caesarean. Ini bukan sahaja untuk kehamilan anda sekarang, tetapi juga untuk kehamilan anda yang seterusnya. Kaedah bersalin normal juga lebih baik untuk kesuburan anda pada masa hadapan. Walaupun pembedahan caesarean ialah prosedur biasa, kesemua pembedahan mempunyai risikonya sendiri. Pembedahan caesarean melibatkan pembedahan besar pada bahagian perut dan pelvis anda.

Kadang-kala, pembedahan caesarean diperlukan untuk menyelamatkan nyawa si ibu atau bayi. Dalam kes seperti ini, tidak dinafikan bahawa kelahiran melalui caesarean ialah pilihan yang paling selamat.

Tetapi ada juga masanya di mana pilihan ini tidak begitu jelas, dan terpulang kepada anda dan doktor untuk menimbangkan risiko dan kebaikan pembedahan caesarean dalam membuat keputusan apa yang terbaik untuk anda.

Keadaan kesihatan dan gaya hidup anda akan mempengaruhi keputusan ini. Anda berisiko lebih tinggi mengalami komplikasi selepas caesarean jika anda:

Jika anda telahpun melalui proses cetusan (induce), dan masih tiada perkembangan, anda mungkin perlu memutuskan samada mahu menjalani caesarean ataupun tidak. Kaedah kelahiran cetusan boleh menjurus kepada lebih banyak intervensi oleh pasukan perubatan.

Sesetengah intervensi, contohnya kelahiran dibantu dengan menggunakan ventous atau forceps, mempunyai risikonya sendiri. Oleh itu, anda dan doktor perlu menimbangkan risiko-risiko tersebut berbanding risiko caesarean.

Apakah risiko-risiko utama pembedahan caesarean?

Kesakitan
Keburukan utama pembedahan caesarean ialah kesakitan yang anda terpaksa alami selepas pembedahan. Anda akan rasa sakit pada bahagian luka pembedahan dan rasa tidak selesa pada bahagian perut selama beberapa minggu selepas pembedahan.

Anda akan diberi ubat penahan sakit untuk menangani kesakitan ini, tetapi ia masih akan mengganggu aktiviti seharian anda untuk beberapa ketika. Bacalah artikel kami mengenai penyembuhan selepas pembedahan caesarean.

Jangkitan
Sebelum dibedah, anda akan diberi satu dos antibiotik untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan. Walau bagaimanapun, kira-kira lapan peratus daripada wanita yang menjalani caesarean masih mendapat jangkitan selepas pembedahan. Terdapat tiga jangkitan utama yang perlu diberi perhatian:
  • Jangkitan pada bahagian luka. Tanda-tanda jangkitan pada luka termasuk kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut.
  • Jangkitan pada lapisan uterus (rahim). Ini dipanggil endometritis. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku jika air ketuban anda pecah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin atau sekiranya anda menjalani banyak pemeriksaan faraj sebelum pembedahan. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pendarahan yang teruk dan berbau serta demam.
  • Jangkitan salur kencing. Semasa pembedahan, sebatang tiub nipis atau catheter akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.

Darah beku
Mana-mana pembedahan meningkatkan risiko anda mengalami darah beku. Ini boleh jadi serius, bergantung kepada di mana pembekuan itu berlaku. Jika pembekuan berlaku dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda masalah ini termasuk:
  • batuk;
  • sesak nafas;
  • kesakitan atau bengkak pada bahagian betis.

Hubungi doktor anda sekiranya anda mendapat tanda-tanda tersebut selepas pembedahan caesarean.

Doktor mungkin akan memberi anda ubat untuk mencairkan darah dan stoking getah sokongan untuk memperbaiki peredaran darah pada kaki anda. Anda juga digalakkan supaya berdiri dan berjalan-jalan secepat mungkin selepas pembedahan caesarean. Ini akan membantu peredaran darah dan mengurangkan risiko pembentukan darah beku.

Lekatan
Seperti juga pembedahan lain pada bahagian perut atau pelvis, caesarean berisiko menyebabkan lekatan (adhesion) semasa proses penyembuhan. Lekatan ialah kelompok tisu parut yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen anda melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut. Kira-kira separuh daripada wanita yang menjalani caesarean mengalami lekatan, dan jumlah ini meningkat kepada 83 peratus selepas tiga pembedahan caesarean.

Lekatan boleh jadi menyakitkan kerana ia mengehadkan pergerakan organ-organ dalaman. Dalam sesetengah kes, ini boleh menyebabkan masalah kesuburan apabila ia menekan tiub falopia atau menyekatnya.

Pembiusan
Kebanyakan pembedahan caesarean dilakukan tanpa pembiusan am (general anaesthetic), yang membuatkan anda tidur. Sebaliknya, anda akan diberi suntikan epidural yang akan mengebaskan perut anda. Epidural lebih selamat bagi anda dan bayi berbanding pembiusan am. Walau bagaimanapun, apa-apa jenis pembiusan melibatkan sedikit risiko. Selepas menerima suntikan epidural, sesetengah wanita mengalami:
  • sakit kepala yang teruk. Masalah ini melibatkan kira-kira satu peratus wanita.
  • kerosakan saraf. Ini jarang berlaku dan jika ia berlaku, ia hanya berlangsung selama beberapa hari atau minggu sahaja.

Apakah komplikasi lain yang perlu saya tahu?

Komplikasi yang serius sangat jarang, iaitu kurang daripada 1 peratus. Komplikasi serius termasuk:
  • Kecederaan kepada pundi kencing, tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kecing, atau kepada usus besar.
  • Kadang-kadang, dan perkara ini sangat jarang berlaku, doktor mungkin perlu menjalankan pembedahan membuang rahim (histerektomi) sebagai langkah menyelamatkan nyawa.
  • Perlu menjalani pembedahan pada masa akan datang.

Jika anda mengalami komplikasi yang serius sewaktu pembedahan caesarean, anda mungkin perlukan pemindahan darah. Sesetengah komplikasi yang sangat jarang akibat caesarean boleh membahayakan nyawa. Walau bagaimanapun, risiko caesarean membawa kematian adalah sangat kecil, iaitu hanya satu dalam 12,000.

Apakah risiko caesarean kepada bayi saya?

Kemungkinan besar, bayi anda berada dalam keadaan sihat, semasa dan selepas pembedahan. Sesetengah bayi mengalami masalah pernafasan selepas dilahirkan. Walaupun masalah pernafasan selepas caesarean biasanya tidak serius, kadang-kala bayi tersebut perlukan penjagaan khas untuk membantu mereka pulih.

Kira-kira 35 dalam setiap 1,000 bayi mengalami masalah pernafasan selepas caesarean, berbanding lima dalam 1,000 bayi yang dilahirkan secara normal. Masalah pernafasan lebih banyak berlaku kepada:
  • bayi pramatang yang dilahirkan melalui caesarean;
  • bayi yang dilahirkan melalui caesarean yang dijalankan sebelum proses kelahiran bermula.

Ada juga bayi yang terluka sedikit akibat terkena pisau bedah. Kira-kira dua peratus bayi mengalami luka kecil semasa pembedahan caesarean.

Adakah caesarean akan memberi kesan terhadap kehamilan seterusnya?

Kemungkinannya memang ada. Sekali anda menjalani caesarean, anda lebih berkemungkinan melahirkan melalui caesarean dalam kehamilan akan datang. Bacalah artikel kami mengenai kelahiran secara normal selepas caesarean (vaginal birth after caesarean - VBAC) untuk maklumat lanjut.

Pembedahan caesarean juga meningkatkan sedikit risiko mengalami plasenta previa (plasenta terletak rendah) dalam kehamilan yang akan datang.

Terdapat juga risiko kecil parut pada uterus anda terbuka dalam kehamilan atau kelahiran selepas ini, tetapi ini jarang berlaku. Doktor memanggilnya koyakan uterin (uterine rupture). Koyakan uterin sangat jarang berlaku, iaitu kurang daripada 0.4 peratus wanita yang pernah menjalani pembedahan caesarean mengalaminya.

Apakah yang perlu saya ketahui selepas saya menjalani pembedahan caesarean?

Anda mungkin pernah mendengar cerita-cerita yang menakutkan mengenai kemurungan selepas bersalin dan masalah untuk menyusu badan selepas pembedahan caesarean. Jangan biarkan cerita-cerita ini mengganggu fikiran anda. Walaupun kemurungan awal selepas bersalin lebih banyak berlaku kepada wanita yang menjalani pembedahan caesarean berbanding wanita yang bersalin secara normal, menjelang bulan kedua, kadarnya agak sama.

Jika anda mahu memberi bayi susu badan, penting bagi anda mendapat pertolongan dari awal lagi. Wanita yang menjalani pembedahan caesarean kurang berkemungkinan untuk mula menyusu badan berbanding wanita yang bersalin secara normal. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda bermula, peluang untuk anda berjaya sama sahaja dengan wanita yang bersalin normal.

Mintalah jururawat perbidanan atau kaunselor penyusuan badan untuk membantu anda dan bayi memulakannya secepat mungkin.

Apakah pula kelebihan caesarean?

Kelebihan pembedahan caesarean yang dirancang ialah anda tahu bila bayi akan dilahirkan. Walaupun anda akan rasa sakit pada bahagian perut, anda tidak akan mengalami ketidakselesaan yang diakibatkan oleh kelahiran normal. Ini termasuk:

Bagi jangka panjang, kelahiran melalui caesarean mungkin dapat mengurangkan risiko kecil rahim anda jatuh (prolaps). Namun, terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah prolaps di masa akan datang. Faktor-faktor ini termasuk:
  • jenis kelahiran normal yang pernah anda alami;
  • jumlah bayi yang anda lahirkan;
  • samada ibu atau adik-beradik perempuan anda mengalami prolaps;
  • samada berat badan anda berlebihan;
  • samada anda sering sembelit.

Kehamilan itu sendiri boleh menyebabkan lantai pelvis anda menjadi lemah. Ini boleh mengakibatkan masalah-masalah seperti inkontinens (hilang kawalan kencing) pada masa akan datang. Oleh itu, anda masih perlu melakukan senaman lantai pelvis!


Set Anemia /Kurang Darah

Shaklee anemia/kurang darah
Vita-Lea Iron Formula
Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat ini. Kebiasaannya mereka yang mengalami anemia jenis ini ialah dari kalangan kanak-kanak di bawah 2 tahun, remaja perempuan (yang sudah datang haid), wanita hamil dan warga emas.Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian, atau badan kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidak betul.
Vita-C 500mg Sustained Released
Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi.Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak.Vitamin C sustained released dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kepada tubuh. Ini kerana Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamun C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren.
B Complex
Asid folik membantu mengawal dan mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan asid folik.Vitamin B12 mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12.Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah

Set Penyusuan

CADANGAN SET PENYUSUAN  SHAKLEE

 Cadangan beberapa set supplement penyusuan mengikut keperluan dan bajet iaitu SET B, SET E, SET BF PLUS & SET 3M.

SET B

Terdiri daripada:

1) Vitalea multivitamin with iron formula
2) B Complex
3) Sustained release Vitamin C @ Chewable Vitamin C
4) Alfalfa Complex

Siapa yang memerlukan Set B?

��Set ini disyorkan buat ibu-ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan. Tujuan utama pengambilan set ini adalah bagi memperkayakan nutrisi dalam susu ibu. Set ini juga sesuai bagi ibu-ibu yang mengalami masalah sembelit  dan keputihan dan juga membantu sekiranya bayi anda mempunyai masalah Eczema. ALFALFA membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu.
 
SET E

Terdiri daripada:

1) Vitalea multivitamin with iron formula
2) B Complex
3) Chewable Vitamin C
4) Alfalfa Complex
5) Ostematrix (kalsium magnesium)

Siapa yang memerlukan Set E ?

��Disyorkan buat ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid. Juga sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktosa. OSTEMATRIX merupakan formula lengkap kalsium dengan gabungan magnesium, vitamin dan lain-lain mineral. Set ini membantu ibu-ibu kekal cergas bertenaga walaupun kurang tidur.

SET BF PLUS

Terdiri daripada:

1) Vitalea multivitamin with iron formula
2) B Complex
3) Sustained release Vitamin C @ Chewable Vitamin C
4) Alfalfa Complex
5) Energizing Soy Protein (ESP)

Siapakah yang memerlukan Set BF Plus?

��Sangat di syorkan bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan yang tidak mempunyai masalah dalam pengambilan kalsium harian.Sangat di syorkan bagi ibu-ibu yang sering keletihan, yang risau dengan berat badan bertambah kerana ESP membekalkan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan.

SET 3M

Terdiri daripada:

1) Vitalea multivitamin with iron formula
2) B Complex
3) Sustained release Vitamin C @ Chewable Vitamin C
4) Alfalfa Complex
5) Ostematrix
6) Energizing Soy Protein (ESP)

Siapa yang memerlukan Set 3M?

��Sangat disyorkan bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah dari segi penghasilan susu (walaupun pam setiap 3 jam + minum air 3 liter sehari) ; maka set ini membantu memenuhi dan memperbaiki mana-mana kekurangan zat dalam tubuh si ibu supaya dapat berfungsi dengan lebih baik. Set yang paling sesuai bagi ibu-ibu yang mempunyai stok yang sedikit/ tiada stok langsung dan juga bagi ibu-ibu yang mahu mula simpan stok. Set ini juga sangat sesuai bagi ibu-ibu yang mahu relaktasi/ induce relactattion.

SET BF BASIC

Terdiri daripada:

1) Energizing Soy Protein (ESP)
2) Alfalfa Complex

Bagaimana ESP dan Alfalfa bertindak sebagai penggalak susu?

 Komponen utama susu ibu adalah protein dan kalsium. Jadi pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu dan memekatkan susu ibu, kesannya bayi akan mudah kenyang dan kurang meragam.
ESP juga dapat membantu memberi bayi rasa kenyang lebih lama dan mencantikkan kulit ibu.

Alfalfa pula telah digunakan secara turun temurun di benua Amerika sebagai penggalak susu badan kerana Alfalfa merupakan sejenis tumbuhan galactagogue/milkbooster.

��Khasiat setiap vitamin yang dicadangkan di dalam set penyusuan Shaklee:

��Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi: Mempunyai vitamin dan galian yang sangat diperlukan oleh tubuh beserta formula lengkap dengan zat besi (iron). Vitalea mengandungi 23 jenis multivitamin dan multimineral yang dapat membekalkan tubuh ibu dengan nutrien yang diperlukan agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.

��B Complex : Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan ibu menyusu termasuk asid folic. Setiap ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisme, menukarkan makanan kepada tenaga, meningkatkan sistem pertahanan badan dan juga membantu mengawal stress (meroyan) dan bertindak sebagai penenang untuk emosi yang lebih stabil.
 
��Sustained release Vitamin C @ Chewable Vitamin C : Sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Vitamin C juga perlu untuk mencegah kelenjar daripada rosak dan berdarah dan juga penting untuk pembentukan kolagen supaya kulit ibu lebih cantik dan sihat.

��Alfalfa : Raja segala tumbuhan, sumber mikronutrien yang paling kaya. *Alfalfa dapat membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu/milkbooster. *Alfalfa juga beertindak sebagai penyahtoksin badan dan membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan dan bertindak seperti kacip fatimah.

��OsteMatrix (kalsium magnesium): Antara komposisi vitamin yang tinggi dalam susu ibu adalah kalsium. Kalsium penting untuk membina darah, tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. *Ostematrix membantu menampung kembali kalsium dalam tubuh ibu yng telah diserap oleh bayi ketika menyusu. *Ostematrix juga mencegah  kemeruduman susu badan untuk ibu-ibu yang sedang menstrual (period) kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah period.

��Energizing Soy Protein (ESP): Antara komposisi vitamin utama dalam susu ibu juga ialah protein. Apabila tubuh ibu cukup dengan keperluan protein, secara langsung susu yng dihasilkankn pekat dn banyak. *ESP berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu, di samping menjadi sumber tenaga kepada ibu menyusu.

��KHASIAT SET BREASTFEEDING/ MENYUSU SHAKLEE:

Menyediakan tubuh ibu seoptimum mungkin bagi menghasilkan susu badan yang banyak dan pekat
Melengkapkan keperluan nutrisi yang cukup untuk ibu dan bayi
Meningkatkan antibodi ibu dan juga si comel
Membantu ibu-ibu menjadi lebih bertenaga
Mengelakkan kelesuan dan juga masalah sembelit ibu
Memberi refleksi kulit yang lebih cantik dan glowing kepada ibu, tiada lagi wajah pucat ketika berpantang dan menyusu
Membantu bayi tidur dengan lebih lena dan kurang meragam kerana susu yang pekat dan mengenyangkan
Membantu memulihkan masalah eczema pada bayi

��SUPPLEMENT DAN PENYUSUAN SUSU IBU

��Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu.
��Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.�� Pengambilan vitamin akan memberikan kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh disiplin dan konsisten.
��Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yang bekerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
��Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.
��Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan.
Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung  dengan lancar.

Sakit Hempedu

Sakit Hempedu Batu/Batu Hempedu
• B Complex - mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan                           
• Vitamin C - menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman                         
 • Ostematrix - mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang                           
• Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang                 
• Alfafa Complex - mengurangkan inflamasi & infeksi                 
• Omega Guard - membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang                                   
 • Lecithin - mengelmulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut

Corotomox

MANFAAT CARATOMAX SHAKLEE
>  Lebih Selamat Dari Vitamin A
    Vitamin A ditemui pada tahun 1912 dan merupakan vitamin terawal yang ditemui oleh  
    saintis. Namun begitu, sekiranya diambil secara berlebihan akan menjadi toksik kepada 
    tubuh. Kemudian, hasil penyelidikan saintis mendapati pengambilan  beta-karotena
    yang merupakan alternatif penggantian vitamin A didapati lebih selamat kepada
    kesihatan manusia
>  Mempertingkatkan Penglihatan
    Menghasilkan 'visual ungu' yang mengekalkan tahap penglihatan yang bagus
    dalam persekitaran yang gelap. Carotamax membantu menyelesaikan masalah
    penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism,
    xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak(selaput mata),
    eye bags dan gegelung hitam di bawah mata.
    
>  Meredakan Penyakit Kulit
    Pengambilan yang konsisten dapat melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile
    plaque (nyanyuk), kulit kering, kulit gugur dan jerawat. Penggunaan Carotomax
    pada bahagian luaran boleh merawat pustule (jerawat biasa), scabies(kegatalan
    pada kulit), dan ulser kulit.
>  Melindungi Epithelial
    Memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus perut, paru-paru, bronkitis,
    pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.
>  Melawan Kanser dan Oksidasi
   Pengambilan secara konsisten dapat mengukuhkan sistem imun tubuh, melambatkan
   proses penuaan dan menyekat aktiviti penyebab kanser dan menghalang sel-sel
   kanser. Carotmax juga dapat mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser
   paru-paru dan payudara. Carotomax juga dapat mengurangkan radikal bebas
   dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida dari tubuh.
>  Menghalang Infeksi
   Meransang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi
   penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma dan selesema.
>  Menggalakkan Perkembagan Tumbesaran Yang Normal dan Sihat
   Meransang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi
   rambut, kulit, membran mukosa, gigi dan gusi serta sistem reproduksi yang sihat.
   Caratomax juga membantu dalam penghasilan sperma yang sihat.

Meal Shakes

MEAL SHAKES

Mealshake sesuai untuk:-
-kanak-kanak
-seisi keluarga 
-ibu yang menyusu
-ibu yang mengandung
-mereka yang berdiet
-atlit dan macam-macam lagi. 

6 fakta tentang Mealshake:
1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
-Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
-Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
-Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
-Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox
-Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Antara kebaikan Mealshake ini ialah :
-rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
-sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
-sesuai untuk seisi keluarga
-Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
-Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
-Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
-Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
-Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
-Meningkatkan selera makan anak
Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih -cepat daripada biasa
-Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
-menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
-amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...