Lelaki yang bergelar suami adalah merupakan ketua keluarga yang
dipertanggungjawabkan untuk memimpin isteri dan anak-anaknya ke syurga
ALLAH. Jangan terkejut kerana pada hari ini ramai suami yang dianggap
dayus kerana tidak mampu menjadi pemimpin keluarga yang baik. Hal ini
sedikit sebanyak memberikan imej negatif kepada orang lelaki
terutamanya. Jadi, di sini terdapat beberapa tips yang dikongsikan
tentang menjadi suami yang soleh.
#1 Menjadikan Masjid Dekat Di Hati.
Suami haruslah menjadikan masjid itu sebagai salah satu destinasi
utamanya setiap hari. Biarpun meredah kesibukan seharian dalam bekerja,
cubalah mencuri-curi masa untuk bersolat berjemaah di masjid. Ini jelas
bahawa suami yang baik dan diredhai oleh ALLAH adalah yang mana kakinya
sentiasa rajin ke masjid. Biarkan hati kita ini sentiasa lekat kepada
masjid. Isteri pula akan menunggu kepulangan suaminya di pintu rumah.
Manis bukan?
#2 Menunaikan Tuntutan Nafkah.
Nafkah adalah wajib seperti mana ada disebutkan dalam al-Quran. Suami
wajib memberikan tempat tinggal, makanan serta pakaian buat si isteri.
Tidak kisahlah sama ada suami itu susah ataupun senang, dirinya perlu
berusaha sedaya supaya memastikan bahawa segala tuntutan nafkah itu
sentiasa dipenuhi. Suami perlu ingat, apabila sudah berkahwin maka
segala apa yang dilakukan hendaklah ia berkongsi sama. Jika suami makan,
isteri juga harus makan. Jika suami berpakaian, begitulah juga isteri
diberikan pakaian.
#3 Penawar Buat Isteri.
Suami harus menjadi penawar buat isteri. Penawar yang bagaimana? Jika
isteri bersedih, ketawa, gembira maka suami mestilah berada
disampingnya. Dengarkan luahannya yang mana mungkin ia hanya diluahkan
sekali sahaja. Jadilah pendengar yang setia tatkala isteri mahu
berkongsi rasa. Elakkan daripada meninggikan suara kepada isteri.
Cukuplah menegur kesalahannya dengan penuh rasa hikmah tanpa rasa
seolah-olah cuba mahu memalukannya.
#4 Taat Pada Perintah ALLAH.
Mentaati segala perintah ALLAH SWT, dan meninggalkan segala apa yang
dilarang. Jika itu yang dilakukan, ia adalah contoh suami yang baik.
Suami tidak akan membiarkan keluarga yang dibina itu, tidak berlandaskan
kepada syariat Islam. Adakah kita mahu mewariskan perbuatan buruk kita
kepada generasi kita pada masa akan datang? Sudah tentu tidak bukan.
#5 Menjaga Aib Isteri.
Samalah juga seperti isteri perlu menjaga aib suami, begitu juga suami
wajib menjaga aib isteri. Kita melihat atas faktor keaiban ini merupakan
satu rahsia rumah tangga yang tidak perlu dihebah-hebahkan kepada orang
lain. Boleh jadi keaiban yang disebar-sebarkan menjadi satu fitnah buat
keluarga kita.
Berfikir dahulu sebelum bertindak.
[ rahsia perkahwinan ]