nuffnang

Ahad, 8 Februari 2015

Enfuselle purifying cleansing Gel

Enfuselle purifying cleansing Gel

1) Cara menggunakan gel ini adalah dengan mencalit sedikit sahaja gel ke tapak tangan. Campurkan dengan air bersin dan gosok sehingga berbuih. Ratakan keatas wajah dan gosok dengan lembut (Elakkan dari terkena mata). Bilas dengan air bersih.

♥ Gel pencuci ini bertindak dengan lembut bagi menyingkirkan kotoran pada wajah, mekap dan minyak berlebihan.

♥ Bahan-bahan khas serta tambahan vitamin E menjadikan kulit terasa lembut dan segar.

♥ pH yang seimbang

♥ Hipoalergik

♥ Mencerahkan tona kulit

Shafa
Pengedar shaklee kuala lumpur
0122566440


Enfuselle Purifying Toner

Enfuselle Purifying Toner

● Selepas membilas wajah, lap wajah anda dengan kain bersih. Kemudian titiskan sedikit toner ke atas kapas muka dan sapu rata ke seluruh wajah termasuk bahagian leher.

● Purifying Toner bertindak sebagai penyegar dan merangsang kulit untuk persediaan rawatan.

● Terbukti secara klinikal:

♥ Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip.

♥ pH yang seimbang

♥ Menyegarkan dan memperhaluskan kulit dengan ekstrak likoris dan witch hazel

♥ Meminumkan kemunculan liang-liang besar pada kulit

♥ Membantu mengawal kulit berminyak

♥ Hipoalergenik

Shafa
Pengedar shaklee
0122566440


Enfuselle Balancing Moisturiser

Enfuselle Balancing Moisturiser

 Calitkan sedikit Enfuselle Balancing Moisturizer dan ratakan ke seluruh wajah agar kulit sentiasa lembab. Ramai yang jatuh cinta dengan balancing moisturizer ni sebab struktur nya yang tidak melekit dan sanagt light. Cuba anda picit-picit wajah anda selepas menggunakan moisturizer, terasa licin dan smooth. Ia standing dengan produk di luar negara, Sangat Best!!

■ Terbukti secara klinikal:

♥ 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari.

♥268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari

♥173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari

♥ Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit

♥ hipoalergenic.

Shafa
Pengedar sah shaklee
0122566440

Enfuselle Eye Treatment


Penggunaan eye treatment ini secara konsisten mampu menghilangkan dan mengurangkan kemunculan garis-garis halus serta kedutan tidak sekata. Ia mampu menghilangkan sembab di bawah mata dengan bantuan pelbagai mutrient dan botani khusus.

■Terbukti secara klinikal:

♥ 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 2 minggu

♥ 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa 2 minggu

♥ 209%  pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa 8 minggu

♥ 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa 8 minggu.

♥ tona kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu

♥ kandungan botani anti penuaan dan vitamin c memberikan faedah yang ketara kepada kulit halus di sekeliling mata

♥ Sesuai untuk bahagian leher dan bibir

♥ Hipoalergenik, diakui oleh pakar aftamologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

Shafa
0122566440




Cinch Energy Tea

Cinch Energy Tea bukan sekadar air teh yang sedap tetapi adalah produk yang terbaik untuk menaikkan metabolisme badan anda, ia bukan sahaja utk meningkatkan metabolisme malah utk menggalakkan tenaga secara semulajadi dan memberi tenaga sepanjang hari (energy booster).
Fungsi ekstrak yang ada dalam Cinch Energy Tea

1) Matcha Green Tea
=antioksida yang sangat tinggi
=energy booster
=metabolisme booster
=bakar kalori up to 4x

2) Taurina
=menggalakkan metabolisme
=lebih bertenaga
=larutkan lemak
=membantu menghasilkan otot tanpa lemak

3) White Tea
=membakar lemak-lemak berlebihan
=menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
=meningkatkan metabolisme
=juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

4) Rooibos Red Tea
=tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
=melarutkan lemak
=meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
=agen detox yang kuat

5) Red Tea
=salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -
=pejuang kanser yang kuat
=Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
=merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak



* Sesiapa sahaja yang memerlukan tenaga tambahan. Mereka yang sedang BERDIET sangatlah digalakkan mengambil teh ajaib ini.

Anda ingin bertenaga sepanjang hari. Hadapi masalah metabolisme yang Rendah? Dah cuba DIET sendiri tapi GAGAL? Dah cuba kurangkan nasi dan bersenam tapi masih gagal? Mungkin salah satu kurang berjaya adalah sebab metabolisma badan anda terlalu rendah dan tidak dapat membakar kalori dengan sebaik yang mungkin.

Jadi, memang banyak kebaikan dan keistimewaan Cinch Energy Tea Shaklee ni kan? Apa tunggu lagi. Anda wajib dapatkan Cinch Energy Tea Shaklee sekarang!

SHAFA SHAKLEE
012-2566440

Rabu, 4 Februari 2015

VITALEA


Siapa Memerlukan Multivitamin

  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  • Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
  • Individu yang menopous
  • Wanita yang baru bersalin

Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala?  Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut..kerana :-
* ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut
* peraiaran / laut yang telah tercemar
* tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya
* selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.

SHAFA
012-2566440

Rabu, 7 Januari 2015

PETUA MURAH REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat
setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya. (Riwayat at-Tirmizi)
4.Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram. (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
 Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.(Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya… (Riwayat Muslim)
8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.
10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. (Riwayat Bukhari)
12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedomanm mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya. (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...