nuffnang

Jumaat, 7 Februari 2014

VIDEO KEGEMARAN HAKIM alif ba ta

INGAT lagi masih hakim baby dulu dlm 5 6 bulan masa tu kalo hakim nangis atau nak tido atau hakim boring2 daddy suka pujuk hakim dgn bg tgk video ni sampai jadi favorite hakim la ..sampai la ni hakim pun dah boring nak dekat setahun kot tgk video yg sama ...dan skang daddy da siapkan video yg baru tuk hakim ...tadi video alif bata kan now vidoe english pulak ..apa saja untuk anak kesayangan daddy ...tq daddy kerana menjadi daddy yg terbaik untuk hakim ..

Doa Solat Dhuha

Di Pintu Syurga OST Ariana Rose Dayang Nurfaizah [MV]

Khamis, 6 Februari 2014

RAWAT ASTHMA DENGAN SUPPLEMENT SHAKLEE

RAWAT ASTHMA DENGAN SUPPLEMENT SHAKLEE

Salam guys...Nak story tentang penyakit asma ni...anak buah saya merupakan pengidap asma dari kecik...kami ni penyakit keturunan saya juga penghidap asthma.....So...nak nasihatkan ibu bapa..kalau ada anak yang asma...sila lah carik langkah pencegahan awal dengan vitamin Shaklee...

Ok..Jom kita kenali..apakah penyakit Asma ini...???

Penyakit asthma salah satu penyakit yang agak lazim di Malaysia.. Penyakit ashtma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana, ketika pesakit diserang ashtma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam peparu menjadi sempit.

Pesakit asthma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar untuk bersenam. ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi, paru-paru akan kehilangan udara dan pesakit boleh pengsan.

Pembengkakan pada saluran udara bronkiol menyebabkan kesukaran bernafas dalam pesakit ashtma

Asthma dikalangan kanak-kanak : :-■
Menurut kajian jumlah kanak-kanak yang mengidap asma semakin meningkat, dan selalunya akan sembuh apabila usia meningkat hingga 12-13 tahun.

Kira-kira 50%-60% akan sembuh apabila mencapai usia 20-25 tahun manakala 20% akan mendapat asthma berterusan.

Pencetus biasa serangan asthma antaranya termasuk:
alahan hidung seperti habuk, debunga, spora kulapuk, epitalial binatang peliharaan, udara sejuk, senaman, jangkitan sistem pernafasan, tekanan emosi, aspirin dan ubat seumpamanya

■Suplemen untuk asthma■

1) Omega Guard (Asid lemak Omega-3)

Kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo.

Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3.

Penyelidik mencadangkan sokongan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan praktikal untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.

2) NutriFeron (interferon semulajadi Shaklee)

Seperti yang kita tahu, asthma dicetuskan oleh serangan alergen, manakala sistem imun pesakit tidak dapat bertahan terhadap serangan tersebut. Asthma pada kanak-kanak menunjukkan ada keradangan melampau di laluan udara.

Bagaimana interferon membantu? Penyelidik menemui keupayaan interferon menghalang populasi sel imun yang mencetuskan asthma. Secara semulajadi 1 kelas sel limfosit T yang dikenali sebagai T helper 2 cells (Th2 cell) membantu melindungi menentang jangkitan dengan merembeskan bahan kimia untuk meransang pembengkakan; tetapi dalam sesetengah individu, sel Th2 boleh menyebabkan tindak balas alergik kepada sel normal yang tidak berbahaya seperti pencemar dan debunga. Apabila sel Th2 menjadi reaktif kepada tersebut, ia mencetuskan semua proses pembengkakan yang biasa terhadap penyakit alergi seperti asthma dan ekzema.

Journal of Immunology mencadangkan interferon digunakan untuk terapi pesakit asthma. Interferon akan menghalang pembentukan sel Th2 dan kestabilannya dengan memberhentikan perembesan asthma-causing chemical lalu memberhentikan simptom asthma.

Telah ramai ibu-ibu yang mempunyai anak asthma berpuas hati selepas menggunakan produk Shaklee. Satu testimoni terbaru daripada pelanggan saya dimana anaknya yang mengalami asthma, batuk teruk lalu diberikan Omega Guard.

Puan-puan,tuan-tuan, ibu2 yang ada masalah sama, segera dapatkan rawatan serta ikhtiar dan salah satunya melalui supplemen Shaklee.

Dapatkan set kombo Omega Guard dan Nutriferon untuk meningkatkan kesihatan anak2 anda!
boleh hubungi saya sha 012-2566440
sid 920960

MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL???


Untuk mengawal tekanan darah agar berada pada tahap normal, disarankan beberapa rangkaian vitamin Shaklee iaitu:

1) B-Complex
ღ B-Complex mampu meredakan tekanan dan membekalkan nutrisi Vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf. Tekanan datah tinggi selalu juga berpunca daripada stres dan tekanan perasaan dan memberi kesan kepada saraf.

2) Omega Guard

ღ Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

3) OsteMatrix

ღ OsteMatrix pula membantu meringankan stres. Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impluls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, mood swing dan sakit kepala.

4) Garlic

ღ Garlic atau bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolesterol yang normal. Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 biji tablet garlic akan menurunkan tekanan darah yang tinggi sehingga 8 poin. * juga berkesan utk atasi masalah KEPUTIHAN semasa HAMIL

Perlukah ambil kesemuanya? Itu bergantung pada keperluan dan bajet anda. Hubungi kami dan kami boleh berikan konsultasi percuma dan berterusan

sha 012-2566440
sid 920960








Soalan Popular Mengenai Esp Shaklee

Ada apa yang istimewa dengan ESP Shaklee sehinggakan semua para pelanggan sangat mendambakannya?

Jika anda adalah salah seseorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini.

Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee!

Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Semuanya akan terjawab apabila anda membaca artikel ini sepenuhnya. Bacalah dengan teliti dan tekun, rangkuman 10 Soalan Popular mengenai faedah dan kebaikan Energizing Soy Protein  atau ESP Shaklee ini untuk anda.





 1. Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP?

2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?
3. Berapa harga satu canister ESP?
4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP?
6. Apa rasa ESP sebenarnya?
7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?
9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
10. Bagaimana saya hendak order ESP ini?


1. Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa? 
Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu,  harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.

4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
 
Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
Sesuai untuk semua lapisan:
1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!
DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

6. Apa rasa ESP sebenarnya? 
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba:

7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.

8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa? 
Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda.

9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
  • Membantu pembentukan sel-sel baru.
  • Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia  1 tahun ke atas & keluarga.
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
Kebaikan ESP 10 SOALAN POPULAR MENGENAI ESP SHAKLEE


Vitamin Untuk Perokok (Para isteri jika sayangkan suami anda…sila baca!)

Vitamin Untuk Perokok (Para isteri jika sayangkan suami anda…sila baca!)


Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negatif akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.
rokok Vitamin Untuk Perokok (Para isteri jika sayangkan suami anda...sila baca!)
Kenapa perlunya Vitamin C untuk perokok?

Vitamin C
Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. Pengambilan tambahan Vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal. Penyelidik di Hospital Veterans Pentadbiran di Pennsylvania mendapati bahawa tahap normal vitamin C boleh melindungi perokok tegar dari keracunan darah. Kerana vitamin C juga membantu mengawal jumlah kolesterol di dalam darah, kekurangan Vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolesterol ke hempedu. Kolesterol kemudian berkumpul dalam aliran darah, ’berkumpul’ di dalam arteri dan boleh menyebabkan aterosklerosis. Pengambilan tambahan Vitamin C juga membantu melindungi tahap plasma darah dan fungsi vitamin E, antioksidan kepada badan. Bruce Ames, Ph.D., pengarah Institut Alam Sekitar Pusat Sains Kesihatan Kebangsaan di Universiti California, Berkeley mendapati bahawa perokok tidak makan makanan yang cukup kaya dengan vitamin C. Menurut Dr. Ames, perokok perlu menelan dua atau tiga kali dos harian vitamin C yang disyorkan untuk bukan perokok.

Kenapa perlunya Vitamin E untuk perokok?
Vitamin E
Pada tahun 2005, kajian oleh Institut Linus Pauling yang disiarkan dalam “American Journal of Clinical Nutrition,” menunjukkan bahawa tahap Vitamin E pada plasma darah berkurangan dan hilang dengan lebih cepat dalam perokok berbanding bukan perokok. Kerana tahap vitamin E yang rendah, ia tidak memberi perlindungan yang mencukupi terhadap radikal bebas, ini mungkin salah satu sebab-sebab mengapa orang yang merokok boleh mendapat kanser.

Kenapa perlunya Vitamin D untuk perokok?
Vitamin D (Ostematrix-Kalsium,Vitamin D & Magnesium)
Kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok boleh menjejaskan metabolisme vitamin D dan kalsium seterusnya meningkatkan risiko osteoporosis.Vitamin D membantu untuk mengawal kalsium dalam badan anda dan membantu mengekalkan kepadatan tulang. Vitamin D boleh membantu perokok melambatkan kadar kehilangan kepadatan tulang.

Kenapa perlunya Vitamin B untuk perokok?
Vitamin B
Perokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat kanser paru-paru dan pankreas berbanding dengan bukan perokok, namun risiko ini boleh dikurangkan dengan mendapat vitamin B yang mencukupi. Rachael Stolzenberg-Solomon, Ph.D., di Institut Kanser Kebangsaan di Bethesda, Maryland, mendapati bahawa tahap vitamin B folat adalah lebih rendah pada pesakit yang menghidap barah pankreas. Asid folik, amat penting untuk paru-paru, juga boleh membantu mengurangkan simptom bronkitis pada perokok.

Suami anda merokok? Bertindak sekarang! Alhamdulillah suami saya bukan perokok. Tapi kalau suami saya perokok, pasti saya sangat2 bimbang. Nk mintak suami berhenti ‘susah’. Jadi kita kena bantu suami kita..dgn cara mendapatkan balik nutrisi-nutrisi yg telah hilang kesan dari merokok. InshaAllah icon smile Vitamin Untuk Perokok (Para isteri jika sayangkan suami anda...sila baca!)
So sebagai isteri yang asyik consume supplement itu ini ni, kena lah jaga kesihatan suami juga kan? Jangan asyik nak menyusukan anak, slim, cantik, kesihatan suami kita tak jaga. Almaklumlah, suami-suami ni part macam ni dorang malas sikit. So saya akan hidangkan supplement-supplement yang en suami perlu makan kat piring. Siap air lagi. Siap hidang lagi “makan vitamin ye daddy” :p Buat muka manja-manja sikit confirm dorang nak makan vitamin-vitamin ni icon smile Vitamin Untuk Perokok (Para isteri jika sayangkan suami anda...sila baca!)

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...