nuffnang

Selasa, 4 Mac 2014

Esp Merawat Pendarahan diawal kehamilan

Esp Merawat Pendarahan diawal kehamilan

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang jarang diperkatakan tetapi sebenarnya sering berlaku pada ibu-ibu di luar sana...

Pendarahan ketika hamil ..pernahkan anda mengalaminya?? Tentu ramai ibu-ibu yang mengalami situasi ini. Ada yang berakhir dengan keguguran dan ada yang sempat diselamatkan. dan sudah tentu ia pastinya mengundang perasaan bimbang bagi wanita yang baru pertama kali mengalaminya.

Walau bagaimanapun, bukan semua pendarahan yang dialami semasa trimester pertama mengundang bahaya pada kehamilan anda. Namun ia mungkin bahaya jika berlaku pada trimester kedua. Kira-kira 20-30% wanita hamil akan mengalami pendarahan semasa hamil dan kira-kira 70-80% boleh menjalani kehamilan yang selamat sehingga waktu bersalin.

@ Antara punca-punca pendarahan berlaku ialah;

● Uri di bawah ( plasentaprevia), iaitu kedudukan uri yang menghalang laluan kelahiran.

● Uri terlepas

● Rahim koyak

● Tanda berlakunya kelahiran pramatang

● Jangkitan kuman pada saluran air kencing

● Pelebaran pembuluh darah di vagina yang terpecah

@ Jenis-jenis pendarahan yang biasa berlaku pada trimester pertama;

♡Abortusiminiens

• Pendarahan pada rahim yang menyebabkan keluarnya sedikit darah, biasanya janin masih selamat dan selesa

♡Abortusinsipiens

• Pendarahan yang lebih banyak diikuti dengan perut memulas, janin masih selamat namun berlaku pembukaan rahim

♡Abortusin komplet

• Pendarahan yang amat banyak, boleh menyebabkan keguguran walaupun masih ada sisa yang tertinggal di rahim

♡ Hamil ektopik

• Kehamilan luar rahim, 95% daripada kes yang dikesan menempel pada tiub fallopio.

@ Perkara yang perlu dilakukan jika pendarahan berlaku;

¤ Bertenang dan tidak panik

¤ Berbaring dengan posisi kaki lebih tinggi daripada bahu

¤ Berehat sehingga pendarahan berkurangan

¤ Berhenti daripada melakukan aktiviti berat

¤ Hubungi doktor apabila darah keluar begitu banyak

¤ Elakkan daripada melakukan hubungan kelamin

TETAPI...

Mencegah lebih baik daripada mengubati..SHAKLEE mencadangkan ibu-ibu hamil sekalian mengambil makanan tambahan Energizing soy protein sebagai langkah awal untuk memastikan rahim kuat dan sihat sepanjang kehamilan berlangsung

@ Khasiat ESP untuk ibu hamil adalah sangat banyak. Salah satu khasiat terpenting ESP ini ialah ia membekalkan protein. Dengan protein ini, pemuliharaan sel lama dan pembentukan sel baru yang sihat berlaku. Memandangkan protein adalah asas kepada sel, dengan pengambilan ESP pada awal kehamilan insyaALLAH boleh membantu pembentukan sel rahim yang sihat dan kuat untuk menampung perkembangan dan pertumbesaran janin. Dalam erti kata lain, ESP boleh membantu menjadikan rahim lebih kuat dan sihat. Dengan rahim yang sihat dan kuat, risiko berlakunya pendarahan dan keguguran akan berkurang.

@ Selain itu, pengambilan ESP ketika hamil juga boleh membantu ibu-ibu kelihatan cantik dengan kulit yang mulus dan gebu. Kulit bayi anda juga boleh menjadi cantik dan kurang bermasalah. Dengan ESp juga, ibu-ibu hamil akan lebih bertenaga dalam menjalani rutin seharian yang memenatkan terutamanya di akhir2 kehamilan.

Oleh itu, tidak salah untuk kita berikhtiar dengan ESP ini demi kesejahteraan dan keselamatan janin dalam kandungan kita.

Sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini..

Tiada ulasan:

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...