nuffnang

Selasa, 1 November 2016

Promo November Alfalfa Shaklee

helo November
i'm back 
 
shaklee is back Lecithin buy 3 get 1 free

kenapa korang kena ambil Lecithin??
 
-mengurangkan sembelit
-memperbaiki prostat
-meningkatkan daya ingatan
-mengurangkan stress
-mengurangkan tekanan darah tinggi
-mencantikkan otot dan kulit
-melindungi hati dan menghalang batu karang
dah baca kan??
ok now it's up to you

Selasa, 31 Mac 2015

HYPERthyroidism VS HYPOthyroidism

Jenis penyakit thyroid. Ada 2 jenis sakit thyroid yang utama :

1.HYPERthyroidism / Thyrotoxicosis
hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. biasanya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihanThyroiditis (tiroid bengkak). biasanya keadaan ini bisa pulih dengan sendirinyaToxic nodule goitre.
Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:

★ Bengkak di leher
★ Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
★ Gementar dan gelisah, terketar-ketar
★ Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
★ Kesuburan turun
★ Penumpuan kurang
★ Mata menjadi besar (bulging)
★ bad mood
★ Kejang otot
★ Oesteoporosis (kereputan tulang)
★ Pengeluaran peluh banyak, bertambah.
★ Kulit lembap
★ Suhu badan naik, tak tahan panas
★ Rambut rontok
★ Sukar bernafas
★ Sukar tidur
★ Tekanan darah naik
★ Turun berat badan walaupun selera naikLemah

Bagaimana vitamin shaklee dapat membantu? Untuk hypertiroidisme :

1) ESP
- mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen
- kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan
- ini berguna untuk pesakit yang mengalami hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid** boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)

2).HYPOthyroidism
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup

Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism
☆ Badan rasa lemah
☆ Daya ingatan menurun
☆ Hilang indera rasa dan bau
☆ Kadar pengepaman jantung perlahan
☆ Kulit jadi kuning – lesu, pucat
☆ Kulit kering
☆ Masalah kesuburan
☆ Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi)
☆ Muscle cramp dan bengkak
☆ Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka)
☆ Pendarahan haid banyak (heavy period)
☆ Percakapan lambat
☆ Pertambahan berat badan
☆ Rambut rontok
☆ Rasa mengantuk
☆ Rendah nafsu seks
☆ Sakit kepala
☆ Sembelit
☆ Suara menjadi serak
☆ Tak tahan sejuk

Bagaimana vitamin shaklee dapat membantu? Untuk hypertiroidisme :
1) VITA-LEA IRON FORMULA
- multivitamin yang mengandungi semua vitamin yang baik untuk pesakit hipotiroidisme iaitu iodine, vitamin A, D, E, B2, B3, B6, zink
- sumber iodine (kekurangan iodine adalah satu satu punca terjadinya hypotiroidisme)
- vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)
- vitamin B2, B3, B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid
- zink diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin @ T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar thyroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif @ tironin)

2) VITA-E COMPLEX
- kelebihan vitamin E Shaklee ialah ia mengandungi 10mg Selenium semulajadi
- Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)
- vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal
-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)

Suplemen Shaklee berikut boleh diambil tidak kira sama ada anda mempunya hyper atau hypo tiroid.
 B complex
 Vitamin C (500mg atau 100mg)
 Vitamin E
 Ostematrix (kalsium magnesium)
 zinc

Isnin, 9 Mac 2015

DETOX SHAKLEE

Selalu orang menyebut DETOX atau dalam bahasa yang kita selalu sebut NYAHTOKSIN. Apakah maksud sebenar detox?

Secara normal, setiap hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal

Dari mana datang toksin?

Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :



  • UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
  • MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.
  • UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.
  • RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
  • MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
  • DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia

Tanda-tanda anda perlu DETOX

  • Masalah penghadaman
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Jerawat
  • Penuaan pra-matang
  • Letih
  • Berat badan berlebihan
  • Insomnia
Cara & Langkah-langkah DETOX

Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :
  • PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
  • DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke, cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
  • DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
  • DETOX melalui kulit - minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
  • MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin dan menggunakan sistem penapis air yang baik
Detox dengan SHAKLEE!

Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk anda :


Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segala Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.





DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati







Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh.







Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva), kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit






Bila waktu terbaik detox?

Sebenarnya kita boleh melakukan detox pada bila-bila masa. Badan kita bukan kereta yang perlu ada jadual penyelenggaraan. Cuma yang penting, bila badan rasa tidak selesa, dan timbul simptom-simptom seperti sakit kepala, berat badan berlebihan, tidak hadam, keletihan, sukar tidur dan jerawat - mungkin kita perlukan detox. Pakar nutrisi mencadangkan supaya seorang individu dewasa melakukan detox menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi, sebaiknya anda lakukan mengikut keperluan.

Menurut Dr. Juliet Tien, pakar dalam bidang ini - jika anda jarang-jarang melakukan proses detoksifikasi, disarankan anda melakukanny selepas musim perayaan kerana pada masa inilah anda akan mengambil makanan yang berpotensi mentoksikkan badan dalam jangka masa pendek dan panjang. Makanan manis, berlemak, berminyak, makanan tersedia yang mungkin dicemari yis dan parasit banyak dihidangkan di rumah terbuka dan jamuan-jamuan.

Selasa, 10 Februari 2015

BONUS SHAKLEE

Assalamualaikum
Hari ini saya terpanggil nak berkongsi pengalaman saya sepanjang bergelar SID (SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
bermula dan bertapak seperti orang lain dr bawah saya melangkah kini saya berada di landasan yang betul .berbekalkan pengalaman berniaga kecil kecilan mewarisi bakat mama saya yang suka berniaga untuk mencari side income (duit poket sendiri) kata orang tua tua..

Mengenali shaklee adalah 1 kenikmatan yang hebat, menceburi bisnes shaklee.juga 1 cabarang yang hebat .turun naik dalam bisnes adalah 1 cabaran bagi saya saya masih ingat lagi kata kata orang yang berjaya kalo tidak bergaduh kalo tidak berandam air mata kalo tidak bersedih kalo tidak pening kepala itu bukanlah bisnes namanya ..

Bermula dengan income Rm 27.50 sahaja itu adalah BONUS pertama saya yang saya terima dari shaklee dalam bentuk Cek.rasa gembira tak terkata macam nak lompata katak, bukan kerana Rm 27.50 tapi kerana saya terima Bonus Itu dalam bentuk Cek memang 1 pengalaman yang tak dapat saya lupakan..saya teruskan berjuang dan mendalami ilmu shaklee pergi class untuk tambahkan ilmu tentang produk shaklee walaupun pada ketika itu hakim baru berusia 7 bulan.tetapi itu tidak mematahkan semangat saya dan tidak menghalang pengerakan saya .berjuang dan terus berjuang BONUS kedua saya terima adalah Rm 80.00 ya aallah indahnya bisnes ini bukan kerana duit tetapi kerana seronok dapat membantu insan insan yang berpenyakit mencegah penyakit dan membantu insan insan yang inginkan makanan tambahan dalam kehidupan seharian mereka ..

Masih tidak berputus asa dengan dorongan dari UPLINE saya murni yang tidak pernah kenal erti penat mengajar saya bulan seterusnya income saya menginjak kepada Rm 200.00 alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran walaupun tidak banyak tetapi aku bersyukur kerana sekurang kurangnya aku berjaya dan dapat menbantu suami dalam mengatasi ekonomi keluarga ..

Bonus demi bonus aku terima akhirnya bulan januari 2014 aku berjaya melangkah 1 tahap yg aku idamkan iaitu bergelar SUPERVISOR alhamdulillah masa tu masih ingat lagi income supervisor yang aku terima adalah Rm 1950 di campur pula dengan bonus kenaikan supervisor pada ketika itu adalah rm 368 kalo tak silap aku .hehehe

Syukur kepada allah yang satu ..aku berjaya membuktikan inilah hasil penat lelahku selama ini yang bersengkang mata mengkaji dan memberikan perkongsian yang baik pada customer 2 aku .bulan seterusnya aku semakin bersemangat meneruskan bisnes shaklee ini dan dengan izinnya sekali lagi aku naik pangkat SENIOR SUPERVISOR ALHAMDULILLAH berkat kesungguhan dan berkat doa dari suami , mama abah dan keluarga ku selama ini yang tak putus putus memberi semangat pada aku kini aku berada disini pada masa itu income aku terima adalah dalam Rm 4000.00 itu termasuk bonus kenaikkan senior supervisor Rm 800.00 dan bonus Rm 138 kalo tak silap aku kerana  menaikkan seorang leader dari susur galur aku Empire Riesha Riduan ..

Alhamdulillah syukur aku kehadrat allah
S.w.t kerana memberikan kami sekeluarga rezeki ini.dari bonus itu baru la dapat aku memberi Bonus untuk diri sendiri membeli sebentuk Cincin mas dengan harga Rm 480 .memberi sedikit bonus pada suami yang selama ini banyak membantu aku dalam proses penghantaran barang shaklee , belikam.hakim baju baru dan permainan dan dapat juga aku bersedekah bagi mama abah sikit dan selebihnya aku buat simpanan sendiri dan tak lupa juga aku membayar zakat ..

Hari demi hari aku rasa semakin sebati dengan bisnes ini walaupun aku terpaksa berkorban masa tido atau masa menonton tv tapi itu semua tidak.menjadi beban pada diri aku.dengan sokongam suami dan hakim yang sentiasa berada do samping aku , aku terus kan perjuangan ini .

Bonus seterusnya aku terima dapat juga aku membeli sepasang subang emas , aku pejamkan mata untuk membeli orang kata kalo sayang sangat duit nnt tak dapat hehehe so aku beli je ..dulu masa bujang boleh la beli tapi lepas kahwin gaji aku kecik banyak pulak benda yang penting lagi perlu aku fikirkan dan sekarang bila ada lebih sikit duit inilah masanya aku memyimpan harta huhuhu...

Dipendekkan cerita aku sering mendengar rungutan suami aku hehehe yang selalu cakap kereta dia ada masalah haiii pening kepala.aku setiap kali naik keta SPOON (panggilan untuk.kereta wira suami aku) mesti suami aku ni membebel.aku ni pulak tak suka dengar orang merungut pada aku merungut ni tkder faedahnya dan bukan mendatangkan rezeki pun so aku nasihatkan suami aku supaya belajar bersyukur dengan apa yang kita ada walaupun kereta buruk tetapi kereta ni banyak berjasa pada kita
Bulan demi bulan hari demi hari sampailah bulan oktober 2014 aku suarakan pendapat pada suami untuk membelikan dia sebuah kereta baru.suami mula2 tersimpul simpul malu hehehe bincang punya bincang akhir kami bersetuju membeli kereta baru dengan menjual kereta spoon tu dan membeli kereta baru dengan menggunakan Slip gaji dan income shaklee .kami pergi ke perodua tengok2 kereta kami tertarik dengan alza advanced sebab kata suami aku kereta tu cantik dan nampak sport hehehe aku ni pulak tak berkenan kerana tak.minat kereta yang takder BONET heyy susah tau kalo tkder bonet sebab aku ni kalo balik kg atau jalan jauh beg je dah 1 luggage barang2 anak lagi.mane nak.muat weiii hehehehe.

Servey punya servey akhir 1 hari tu selepas keluar sarapan pagi aku suami dan anak jalan2 la kat jalan ipoh tetiba ternampak la HONDA hahaa kami oun berhenti dan masuk untuk servey harga tetiba aku dah jatuh hati pada HONDA CITY warna BIRU ehhh la haiii aku ni.memang takleh tengok warna biru apalagi feeling jatuh hati la weii terus ckp ngan suami kalo kita amik honda ok tak???
Suami cakap ok juga bincang punya bincang akhir pada 9 haribulan 12 2014 keluar la BABY BLUE AKU TU .rasa macam.nak lompat bintang weii sebab rasa sangat berbaloi rupanya aku dapat pakai HONDA CITY dengan income.shaklee waooo so amazing ..

Alhamdulillah thanks god kerana memberikan.kami rezeki yang melimpah ruah ini alhamdulillah syukur kami kepada allah s.w.t .. suami pun takder complaint lagi dan tersenyum lebar jela mukanya hehehe alhamdulillah. .sekarang misi berjuang harus diteruskan lagi...

Pahit maung sedih gembira sudah aku lalui kini aku kena teruskan pandang kehadapan dengan target COORDINATOR adalah sasaran aku .itu adalah perancangan aku yang perlu aku capai  untuk 2015 ini ...

Sekian pengkonsian.panjang lebar saya
Siapa yang nak join shaklee bolehlah
Hubungi saya

Shafa 0122566440
Saya jual saya guide
Empire Riesha Riduan

E double R

Ahad, 8 Februari 2015

Enfuselle Skin Care

■ Percayakah anda Set Enfuselle Shaklee setaraf dengan jenama luar negara dan lebih murah harganya dari yang kita jangkakan. Lagipun bukan setiap bulan kita membelanjakan duit untuk manjakan wajah kita ni. Sekali beli biarlah berbaloi, semulajadi dan selamat. Ok sekarang jom kita feeling-feeling jatuh cinta pula.

■Ok, sekiranya kulit berminyak, Set Enfuselle terdiri daripada:

♥ Purifying cleansing gel (Untuk kulit berminyak, elakkanpenggunaan pencuci muka berasaskan krim atau losyen. Ia akan menyebabkan kulit tambah berminyak)

♥Purifying  Toner

♥Balancing moisturizer

♥Eye Treatment

Nak tahu lebih lanjut
Pm whatsap
0122566440


Enfuselle purifying cleansing Gel

Enfuselle purifying cleansing Gel

1) Cara menggunakan gel ini adalah dengan mencalit sedikit sahaja gel ke tapak tangan. Campurkan dengan air bersin dan gosok sehingga berbuih. Ratakan keatas wajah dan gosok dengan lembut (Elakkan dari terkena mata). Bilas dengan air bersih.

♥ Gel pencuci ini bertindak dengan lembut bagi menyingkirkan kotoran pada wajah, mekap dan minyak berlebihan.

♥ Bahan-bahan khas serta tambahan vitamin E menjadikan kulit terasa lembut dan segar.

♥ pH yang seimbang

♥ Hipoalergik

♥ Mencerahkan tona kulit

Shafa
Pengedar shaklee kuala lumpur
0122566440


Enfuselle Purifying Toner

Enfuselle Purifying Toner

● Selepas membilas wajah, lap wajah anda dengan kain bersih. Kemudian titiskan sedikit toner ke atas kapas muka dan sapu rata ke seluruh wajah termasuk bahagian leher.

● Purifying Toner bertindak sebagai penyegar dan merangsang kulit untuk persediaan rawatan.

● Terbukti secara klinikal:

♥ Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip.

♥ pH yang seimbang

♥ Menyegarkan dan memperhaluskan kulit dengan ekstrak likoris dan witch hazel

♥ Meminumkan kemunculan liang-liang besar pada kulit

♥ Membantu mengawal kulit berminyak

♥ Hipoalergenik

Shafa
Pengedar shaklee
0122566440


Enfuselle Balancing Moisturiser

Enfuselle Balancing Moisturiser

 Calitkan sedikit Enfuselle Balancing Moisturizer dan ratakan ke seluruh wajah agar kulit sentiasa lembab. Ramai yang jatuh cinta dengan balancing moisturizer ni sebab struktur nya yang tidak melekit dan sanagt light. Cuba anda picit-picit wajah anda selepas menggunakan moisturizer, terasa licin dan smooth. Ia standing dengan produk di luar negara, Sangat Best!!

■ Terbukti secara klinikal:

♥ 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari.

♥268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari

♥173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari

♥ Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit

♥ hipoalergenic.

Shafa
Pengedar sah shaklee
0122566440

Enfuselle Eye Treatment


Penggunaan eye treatment ini secara konsisten mampu menghilangkan dan mengurangkan kemunculan garis-garis halus serta kedutan tidak sekata. Ia mampu menghilangkan sembab di bawah mata dengan bantuan pelbagai mutrient dan botani khusus.

■Terbukti secara klinikal:

♥ 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 2 minggu

♥ 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa 2 minggu

♥ 209%  pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa 8 minggu

♥ 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa 8 minggu.

♥ tona kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu

♥ kandungan botani anti penuaan dan vitamin c memberikan faedah yang ketara kepada kulit halus di sekeliling mata

♥ Sesuai untuk bahagian leher dan bibir

♥ Hipoalergenik, diakui oleh pakar aftamologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

Shafa
0122566440




Cinch Energy Tea

Cinch Energy Tea bukan sekadar air teh yang sedap tetapi adalah produk yang terbaik untuk menaikkan metabolisme badan anda, ia bukan sahaja utk meningkatkan metabolisme malah utk menggalakkan tenaga secara semulajadi dan memberi tenaga sepanjang hari (energy booster).
Fungsi ekstrak yang ada dalam Cinch Energy Tea

1) Matcha Green Tea
=antioksida yang sangat tinggi
=energy booster
=metabolisme booster
=bakar kalori up to 4x

2) Taurina
=menggalakkan metabolisme
=lebih bertenaga
=larutkan lemak
=membantu menghasilkan otot tanpa lemak

3) White Tea
=membakar lemak-lemak berlebihan
=menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
=meningkatkan metabolisme
=juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

4) Rooibos Red Tea
=tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
=melarutkan lemak
=meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
=agen detox yang kuat

5) Red Tea
=salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -
=pejuang kanser yang kuat
=Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
=merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak



* Sesiapa sahaja yang memerlukan tenaga tambahan. Mereka yang sedang BERDIET sangatlah digalakkan mengambil teh ajaib ini.

Anda ingin bertenaga sepanjang hari. Hadapi masalah metabolisme yang Rendah? Dah cuba DIET sendiri tapi GAGAL? Dah cuba kurangkan nasi dan bersenam tapi masih gagal? Mungkin salah satu kurang berjaya adalah sebab metabolisma badan anda terlalu rendah dan tidak dapat membakar kalori dengan sebaik yang mungkin.

Jadi, memang banyak kebaikan dan keistimewaan Cinch Energy Tea Shaklee ni kan? Apa tunggu lagi. Anda wajib dapatkan Cinch Energy Tea Shaklee sekarang!

SHAFA SHAKLEE
012-2566440

Rabu, 4 Februari 2015

VITALEA


Siapa Memerlukan Multivitamin

  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  • Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
  • Individu yang menopous
  • Wanita yang baru bersalin

Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala?  Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut..kerana :-
* ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut
* peraiaran / laut yang telah tercemar
* tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya
* selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.

SHAFA
012-2566440

Rabu, 7 Januari 2015

PETUA MURAH REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat
setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya. (Riwayat at-Tirmizi)
4.Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram. (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
 Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.(Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya… (Riwayat Muslim)
8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.
10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. (Riwayat Bukhari)
12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedomanm mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya. (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

Ahad, 21 Disember 2014

TERIMA KASIH YA ALLAH

PERKONGSIAN BERSAMA

LA TAHZAN : USAH BERSEDIH

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...
2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..
3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nmpk jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.
4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.
5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.
6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.
7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian seblm bertemu kembali Hawa.
8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal.
9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat
Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...
Allah mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bilamana brrhadapan dgn sebarang musibah, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...
ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA
YA RAHMAN..
Jika sudi dikongsikan dgn sesiapa sahaja, silakan Jika tidak keberatan......
(Penulisan asal di dalam bahasa Inggeris.
Di translasikan oleh Zulkiflie Amir..)

Khamis, 18 Disember 2014

7 Tips Ajar Anak Solat Ikut Peringkat Umur. Sangat Mudah!


Melentur buluh biarlah dari rebungnya, perumpamaan ini boleh kita gunakan untuk mendidik anak-anak untuk belajar menunaikan solat.
Dalam konteks pendidikan awal anak-anak, tanggungjawab untuk mendidik anak untuk bersolat adalah satu amanah yang sangat besar dan berat. Mendidik dan mentarbiyyah anak-anak untuk solat tidak semudah kita mengajar anak ABC atau 123. Tanggungjawab yang besar ini datang dengan pelbagai ujian dan ini memerlukan ibubapa yang bijak.

1) Contoh tauladan yang baik.
Ibubapa adalah contoh terbaik dan terdekat untuk diteladani oleh anak-anak. Ayah yang selalu ke masjid, ibu yang terus bersiap solat ketika mendengar azan dan mendedahkan kepada anak-anak tentang solat berjemaah adalah antara contoh terbaik buat anak-anak.

2) Umur 0 – 2 tahun – Wujudkan suasana yang solehah (Biah solehah)
Walaupun anak-anak masih kecil, tidak mengerti dan tidak faham, namun suasana yang baik dan solehah akan menjadikannya biasa. Dia biasa melihat ibu dan ayahnya solat di awal waktu, solat berjemaah, tahu tentang azan dan mendengar bacaan ayat-ayat al-qur’an. Berkata-katalah dan bercerita dengan anak seperti, ” Tunggu sebelah Ummi ya, Ummi mahu solat.” . Atau ” Terima kasih sayang sebab tunggu Ummi solat.”

3) Umur 2 - 3 tahun - Ajar Anak
Sebagai ibu bapa usah merasa jemu untuk selalu ajak anak solat. Biar mereka biasa dengan ajakkan. Walaupun mereka hanya mendengar dan tidak mengikuti, teruskan menyebut setiap kali kita hendak solat. ” Jom ikut Ummi solat!”

4) Umur 4 – 6 tahun – Mengapa kita solat?
Sudah tiba masanya untuk ibubapa bercerita tentang kepentingan solat kepada anak mereka. Penerangan berbentuk cerita dapat memberikan gambaran yang jelas kepada anak-anak.
Dedahkan anak-anak secara kerap tentang masjid. Ajak mereka ke masjid. Perkenalkan tentang adab-adabnya, solat jemaah, hubungan sosial dengan jemaah yang lain dan sebagainya.
Pada umur begini juga ibubapa sudah boleh menghantar mereka ke tadika Islam yang mengajar mereka tentang solat agar mereka lebih faham dan seronok untuk solat.

5) Umur 7 – 9 tahun – Penekanan dan tanggungjawab
Ini adalah tahun-tahun pengukuhan bagi asas solat bagi anak-anak. Kita sudah menunjukkan contoh, ajakan dan pemahaman sejak lahir. Waktu ini anak seharusnya sudah tahu apa yang perlu dilakukan ketika azan, cara mengambil wudhuk, pergerakan dan bacaan dalam solat.
Walaupun tidak lancar dan tidak cekap, sekurang-kurangnya mereka sudah ada asas. Mencapai umur 9 tahun, ibubapa sudah mula sedikit tegas dan selalu mengingatkan mereka untuk solat.

6) Umur 10 tahun ke atas – Denda dan hukuman
Dalam hadith tentang solat, Nabi membenarkan untuk kita memukul anak yang ingkar solat ketika dia berumur 10 tahun. Tetapi sebelum kita memukulnya, adakah kita telah memberikan pemahaman serta contoh terbaik buat mereka?
Tidak semudah itu untuk ibubapa menjatuhkan hukuman dan memukul anak. Semoga kita menjadi pemimpin yang adil dalam menentukan hukuman dan denda terhadap anak-anak.

7) Doa
Selalulah amalkan doa Nabi Ibrahim.
Pelbagai teknik dan cara perlu diterapkan oleh ibu bapa di luar sana dalam mengajak anak bersolat. Kekerasan dan paksaan hanya akan membantutkan proses asas pemahaman solat ini.
Semoga anak-anak kita dapat menunaikan solat yang merupakan ibadat yang utama sebagai seorang muslim. Sebagai ibu bapa kita seharusnya memberi pendedahan solat seawal yang mungkin kepada anak-anak kita mengikut usia mereka.

sekian

Rabu, 17 Disember 2014

10 Kebaikan Susu Ibu Berbanding Susu Formula

Susu ibu adalah anugerah yang sangat berharga buat seorang ibu kepada anaknya. Jika ibu disahkan sihat dan mampu menyusukan bayinya, maka tiada makanan yang lebih baik dari susu ibu. Allah juga menyebutnya di dalam Al-Qur’an tentang tanggungjawab seorang ibu memberikan susu kepada anaknya sehingga berusia 2 tahun.
Dan ibu- ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” (Al Baqarah:233)
Tidak dapat disangkal lagi bahawa susu ibu itu mempunyai terlalu banyak khasiat sehingga tiada makanan atau susu yang dapat menandingi dan menggantikan susu ibu. Allah menjadikan susu ibu itu sesuai dengan keadaan bayi tersebut. Betapa hebatnya ciptaan Allah ini.
Kebaikan Susu Ibu

Untuk bayi:
Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
  1. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
  2. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  3. Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
  4. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  5. Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  6. Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  7. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  8. Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  9. Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  10. Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  1. membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  2. membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  3. mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  4. menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain – lain kebaikan:
  1. Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  2. Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Apa Risiko Jika Gagal Beri Susu Ibu?
Berikut adalah risiko jika bayi tidak diberikan susu ibu:
  1. Saluran pernafasan anak akan dijangkiti seperti batuk dan selsema, jangkitan pada usus seperti cirit-birit dan jangkitan pada salur kencing.
  2. Alahan pada kulit seperti eczema.
  3. Bayi pramatang mengalami necrotising enterecolitis
  4. Tahap perkembangan dan pencapaian yang agak rendah
  5. Mendapat jangkitan telinga
  6. Mengalami diabetes mellitus yang bergantung kepada insulin (keluarga mempunyai sejarah penyakit diabetes)
  7. Kematian bayi dan kanak-kanak pada usia muda
  8. Obesiti di kalangan kanak-kanak
  9. Berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung pada usia muda.


Selamat menyusukan bayi anda hanya dengan susu ibu!

Performance Drink


Performance Drink
Minuman tenaga yg hebat untuk lelaki dan wanita yg bekerja kuat pg ptg dan malam perlukan tenaga yg banyak ..
Minuman hidrasi performance drink boleh membantu meningkatkan tahap tenaga yg tinggi .
Pm/whatsap 0122566440

Minuman Performance Drink Shaklee ini diperlukan oleh setiap ahli keluarga anda yang tersayang. Sama ada suami, isteri mahu pun anak-anak anda yang riang dan aktif!
Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:

Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
Para pesakit yang menghidap gout.
Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
Anak-anak yang demam.
Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.

2 Kebaikan Performance Drink Shaklee, bebas karbonat & kurang gula!
Mengapa anda perlu berkata YA kepada Performance Drink Shaklee?

Bebas gas atau tidak berkarbonat.
Kurang kandungan gula (less sugar).
Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!

23 MANFAAT DAN KEBAIKKAN VITAMIN E

uols biasa dengar tentang Vitamin E. Vitamin nie mesti la famous terutamanya untuk kaum wanita yang mahukan kulit gebu, anjal, mulus, berseri-seri dan lain2 lagi. Meh sama2 kita lihat apa yang menarik tentang Vitamin E ini.

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Vitamin ini juga boleh didapati melalui makanan harian kita seperti :

1. Sayuran berdaun hijau
2. Kacang Soya
3. Semua Bijirin
4. Minyak sayuran
5. Beras perang
6. Jagung
7. Telur
8. Susu
9. Ubi kentang
10. Oat
11. Gandum
12. Rumpai Laut
13. Biji-bijian

Kebaikan Dan Manfaat Vitamin E Shaklee
1. Melambatkan penuaan
2. Menjaga kualiti sel kulit ibu yang mengalami banyak ketegangan dan perenggangan saat hamil
3. Pencegahan penyakit katarak
4. Mencegah penyakit jantung
5. Melindungi struktur membran daripada rosak
6. Mengelakkan metabolisme
7. Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah
8. Memperbaiki peredaran darah
9. Memelihara pembekuan darah
10. Mengurangkan parut
11. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
12. Meningkatkan pengeluaran air mani
13. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
14. Menguatkan dinding kapilari
15. Mengurangkan tekanan darah
16. Meningkatkan prestasi atlit
17. Kulit dan rambut menjadi sihat
18. Mencegah anemia
19. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
20. Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer
21. Menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam
22. Membantu kesuburan
23. Merapatkan hubungan suami isteri

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:

• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.

• Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

4 Petua Didik Anak Pintar – Ibu Bapa Mesti Baca!


Petua mendidik anak pintar mungkin jarang dikongsi oleh orang tua kita, kami paparkan 4 petua didik anak pintar yang boleh menjadi panduan untuk ibu dan bapa di luar sana.



[ Petua #1 ]
Setiap malam, apabila anak tidur, hendaklah kita wiridkan “Ya Latif” ke ubun-ubun kepalanya sebanyak mungkin. Memadai juga 100 kali.

[ Petua #2 ]
Selepas baca “Ya Latif”, bembaca Surah Al-Fatihah 1 kali dan Surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah) sebanyak 1 kali.

[ Petua #3 ]
Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan memanggil nama penuhnya. Perbualan dan percakapan itu mestilah yang berunsur nasihat, pujian dan bercerita tentang betapa kita sayang sangat pada dia.
Bicara tentang kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang itu itu sangat berkesan pada jiwa dan rohnya.

[ Petua #4 ]
Ayah dan ibu hendalah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada anak kita. Misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.
Semoga petua mendidik anak pintar ini menjadi salah satu panduan kepada ibu bapa di luar sana, tak salah untuk kita mencuba.


sekian
shafa

5 TIPS UNTUK SUAMI BERUBAH MENJADI PENYAYANG


Lelaki yang bergelar suami adalah merupakan ketua keluarga yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin isteri dan anak-anaknya ke syurga ALLAH. Jangan terkejut kerana pada hari ini ramai suami yang dianggap dayus kerana tidak mampu menjadi pemimpin keluarga yang baik. Hal ini sedikit sebanyak memberikan imej negatif kepada orang lelaki terutamanya. Jadi, di sini terdapat beberapa tips yang dikongsikan tentang menjadi suami yang soleh.

#1 Menjadikan Masjid Dekat Di Hati.
Suami haruslah menjadikan masjid itu sebagai salah satu destinasi utamanya setiap hari. Biarpun meredah kesibukan seharian dalam bekerja, cubalah mencuri-curi masa untuk bersolat berjemaah di masjid. Ini jelas bahawa suami yang baik dan diredhai oleh ALLAH adalah yang mana kakinya sentiasa rajin ke masjid. Biarkan hati kita ini sentiasa lekat kepada masjid. Isteri pula akan menunggu kepulangan suaminya di pintu rumah. Manis bukan?

 #2 Menunaikan Tuntutan Nafkah.
Nafkah adalah wajib seperti mana ada disebutkan dalam al-Quran. Suami wajib memberikan tempat tinggal, makanan serta pakaian buat si isteri. Tidak kisahlah sama ada suami itu susah ataupun senang, dirinya perlu berusaha sedaya supaya memastikan bahawa segala tuntutan nafkah itu sentiasa dipenuhi. Suami perlu ingat, apabila sudah berkahwin maka segala apa yang dilakukan hendaklah ia berkongsi sama. Jika suami makan, isteri juga harus makan. Jika suami berpakaian, begitulah juga isteri diberikan pakaian.


 #3 Penawar Buat Isteri.
Suami harus menjadi penawar buat isteri. Penawar yang bagaimana? Jika isteri bersedih, ketawa, gembira maka suami mestilah berada disampingnya. Dengarkan luahannya yang mana mungkin ia hanya diluahkan sekali sahaja. Jadilah pendengar yang setia tatkala isteri mahu berkongsi rasa. Elakkan daripada meninggikan suara kepada isteri. Cukuplah menegur kesalahannya dengan penuh rasa hikmah tanpa rasa seolah-olah cuba mahu memalukannya.

 #4 Taat Pada Perintah ALLAH.
Mentaati segala perintah ALLAH SWT, dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Jika itu yang dilakukan, ia adalah contoh suami yang baik. Suami tidak akan membiarkan keluarga yang dibina itu, tidak berlandaskan kepada syariat Islam. Adakah kita mahu mewariskan perbuatan buruk kita kepada generasi kita pada masa akan datang? Sudah tentu tidak bukan.

 #5 Menjaga Aib Isteri.
Samalah juga seperti isteri perlu menjaga aib suami, begitu juga suami wajib menjaga aib isteri. Kita melihat atas faktor keaiban ini merupakan satu rahsia rumah tangga yang tidak perlu dihebah-hebahkan kepada orang lain. Boleh jadi keaiban yang disebar-sebarkan menjadi satu fitnah buat keluarga kita.

Berfikir dahulu sebelum bertindak.
[ rahsia perkahwinan ]

Sabtu, 13 Disember 2014

Belai KULIT dengan Herbal Blend

KULIT LASAK berhak mendapat BELAIAN LEMBUT..

■ Krim Herbal Blend ■

♥ Krim AJAIB dapat melembutkan KULIT yang KASAR dan PECAH PECAH pada LUTUT , SIKU, dan TUMIT KAKI
♥Rasa Nyaman, Bermentol, dan Tidak melekit
♥Herbal Blend diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk SAGE, HORSE CHESNUT, YARROW dan  ROSEMARY

Jadikan KRIM ini sebagai Krim Penjagaan Peribadi Harian anda

Jom Cuba
0122566440

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...