nuffnang

Memaparkan catatan dengan label 10 Kebaikan Susu Ibu Berbanding Susu Formula. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 10 Kebaikan Susu Ibu Berbanding Susu Formula. Papar semua catatan

Rabu, 17 Disember 2014

10 Kebaikan Susu Ibu Berbanding Susu Formula

Susu ibu adalah anugerah yang sangat berharga buat seorang ibu kepada anaknya. Jika ibu disahkan sihat dan mampu menyusukan bayinya, maka tiada makanan yang lebih baik dari susu ibu. Allah juga menyebutnya di dalam Al-Qur’an tentang tanggungjawab seorang ibu memberikan susu kepada anaknya sehingga berusia 2 tahun.
Dan ibu- ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” (Al Baqarah:233)
Tidak dapat disangkal lagi bahawa susu ibu itu mempunyai terlalu banyak khasiat sehingga tiada makanan atau susu yang dapat menandingi dan menggantikan susu ibu. Allah menjadikan susu ibu itu sesuai dengan keadaan bayi tersebut. Betapa hebatnya ciptaan Allah ini.
Kebaikan Susu Ibu

Untuk bayi:
Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
  1. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
  2. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  3. Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
  4. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  5. Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  6. Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  7. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  8. Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  9. Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  10. Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  1. membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  2. membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  3. mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  4. menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain – lain kebaikan:
  1. Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  2. Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Apa Risiko Jika Gagal Beri Susu Ibu?
Berikut adalah risiko jika bayi tidak diberikan susu ibu:
  1. Saluran pernafasan anak akan dijangkiti seperti batuk dan selsema, jangkitan pada usus seperti cirit-birit dan jangkitan pada salur kencing.
  2. Alahan pada kulit seperti eczema.
  3. Bayi pramatang mengalami necrotising enterecolitis
  4. Tahap perkembangan dan pencapaian yang agak rendah
  5. Mendapat jangkitan telinga
  6. Mengalami diabetes mellitus yang bergantung kepada insulin (keluarga mempunyai sejarah penyakit diabetes)
  7. Kematian bayi dan kanak-kanak pada usia muda
  8. Obesiti di kalangan kanak-kanak
  9. Berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung pada usia muda.


Selamat menyusukan bayi anda hanya dengan susu ibu!

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...