Ini merupakan 5 Tips Psikologi Untuk Berjaya Dalam
Perniagaan
berpandukan kepada Prinsip 'law of attraction' iaitu apa yang anda
selalu fikirkan di minda anda akan menarik perkara tersebut datang
kepada diri anda. Berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah
psikologi untuk berjaya di dalam bisnes anda.
1.Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar
anda, kerana minda separa sedar anda selalu dipenuhi dengan
fikiran-fikiran yang negatif.
Tak percaya? lihat contoh ini..
anda kata "aku mahu isteri yang cantik" tetapi tidak lama kemudian anda
akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda "aku tak hensem,
mana layak..".JIka minda anda sentiasa negatif , anda akan menarik
perkara-perkara negatif negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap
kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran anda, gunakan affirmation
untuk meneutralkannya. Contohnya "aku selalu gagal dalam bisnes
internet" gunakan affirmations seperti berikut "aku semakin hampir
mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir
kepada kejayaan"
2. Untuk mengubah cara berfikir anda , ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari.
Setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri pernataan
ini "aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang
elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku
kini seorang jutawan" ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak
usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang
kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan
perkara ini setiap hari,perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif
akan ditukarkan kepada yang positif.
3. Anda mempunyai banyak pilihan di dalam hidup anda, semuanya bergantung kepada anda.
Jika anda mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan
setiap masa, jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir
tentang betapa sihatnya diri anda, jika anda mahu menjadi miskin,
fikirkan tentang kemiskinan selalu.
4. Nikmati setiap minit dalam hidup anda.
Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong, tapi bagi orang
yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda
mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda "aku seorang yang
sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang
berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri.Aku seorang yang tenang, dan
aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati."
5. Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya.
Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya . Jika anda mengikut
langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi
orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan berbeza, anda akan
mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan menghormati orang lain,
anda akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu anda akan
dapat
kesihatan yang baik.