nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Diet dengan air sejuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diet dengan air sejuk. Papar semua catatan

Ahad, 15 Jun 2014

Diet dengan air sejuk

Diet dengan air sejuk
Air sejuk sebenarnya menjadi peranan penting jika kamu sedang melakukan diet kerana ia diperlukan oleh tubuh untuk membakar kalori.

Ketika kamu minum air sejuk, tubuh badan sebenarnya sedang membakar kalori kerana harus memanaskan air tersebut untuk menyamai suhu semasa badan. Jika kurang air dalam badan, ia melambatkan proses pembakaran lemak.

Minum air sejuk ada lah diet yang sangat mudah dan murah berbanding dengan cara diet yang lain.

1 Mesti tahu khasiat minum air sejuk –

● Lebih baik untuk kamu mengetahui khasiat minum air sejuk kerana ia akan memberi semangat kepada kamu untuk meneruskan diet.

2 Minum air sejuk dengan banyak –

● Jika ingin mendapat berat badan yang ideal, minumlah air sejuk dengan jumlah yang banyak. Walaupun sudah pasti kamu akan ke bilik air untuk membuang air kecil dengan kerap, tetapi hasilnya sepadan dengan penurunan berat badan kamu.

3 Buat variasi dalam berdiet –

● Sudah pastinya, minum air sejuk akan membuatkan kamu bosan. Jadi berikan sedikit citarasa dalam minuman kamu. Letak sedikit lemon atau limau nipis. Tetapi, jangan pula ditambah gula dalam minuman kerana ia akan menambahkan jumlah kalori dalam tubuh kamu yang sekali gus mengagalkan kamu untuk berdiet.

4 Fikir secara positif –

●Kamu pasti akan berulang alik kebilik air untuk buang air kecil atau minum air. Tetapi fikrlah secara positif kerana secara tidak langsung, kamu sebenarnya sedang melakukan senaman dengan berjalan. Cuba lakukannya sambil belari-lari anak.

5 Kawal corak pemakanan –

●Makan dengan jumlah yang sedikit mungkin pada pemikiran kamu dapat mengurangkan berat badan. Tetapi, jika makan sedikit sebenarnya badan kamu kekurangan nutrisi dan ia tidak elok untuk kesihatan. Pilihlah makanan sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang rendah kalori. Untuk menambahkan tenaga, kamu boleh makan bijirin yang tidak mengandungi gula.

6 Campur air sejuk dengan lemon –

● Mencampurkan lemon dengan air sejuk sebenarnya dapat menurunkan berat badan dengan cepat. Ini kerana lemon mempunyai khasiat untuk melancarkan air kencing sehingga lebihan cecair dalam tubuh kamu akan dikeluarkan dalam jumlah yang lebih besar.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...