nuffnang

Memaparkan catatan dengan label KEkurangan air dalam badan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEkurangan air dalam badan. Papar semua catatan

Ahad, 15 Jun 2014

Kekurangan air dalam badan

Berikut adalah 10 tanda kamu mengalami dehidrasi dalam badan. Jadi pastikan kamu minum air setiap hari.

1] Mulut kering dan lidah bengkak -

●Cara terbaik untuk mengelak mulut kering dan lidah bengkak ia;ah minum air ketika haus, berjumpa lah dengan doktor.

2] Air kencing berwarna kuning pekat –

●Apabila badan kekurangan air, buah pinggang akan cuba menjimatkan air dalam badan atau menghentikan pengeluaran air kencing. Akibatnya air kencing akan bewarna lebih gelap atau kuning pekat.

3] Sukar buang air besar –

●Ketika mengalami dehidrasi, usus besar akan menjimatkan air dalam badan dan akhirnya menyebabkan bahan buangan menjadi keras dan kering.

4] Kulit menjadi kurang kenyal –

●Kamu juga boleh mencuba dengan mencubit kulit dibahagian siku. Sekiranya dicubit dan kulit lambat kembali normal atau tidak kenyal, maka kamu sebenarnya mengalami dehidrasi.

5]Jantung berdebar-debar –

● Jantung memerlukan badan yang sihat atau normal untuk berfungsi. Sekiranya berlaku penurunan aliran darah akibat dehidrasi, kebiasaannya jantung akan berdebar-debar.

6] Kekejangan otot –

●Kekejangan otot biasanya berlaku selepas selesai melakukan latihan atau sukan. Ia berlaku sekiranya badan mengalami dehidrasi kronik.

7] Pening –

●Dehidrasi menyebabkan kepala menjadi pening dan pengsan. Salah satu tanda dehidrasi ialah badan rasa melayang ketika bangun dengan cepat ketika diposisi duduk atau tidur.

8] Mudah penat –

●Dehidrasi kronik akan mengurangkan jumlah darah dan tekanan darah. Ia juga akan mengurangkan jumlah oksigen ke darah. Tanpa oksigen yang cukup, otot dan fungsi saraf akan bekerja dengan lambat dan menjadikan kamu cepat penat.

9] Air mata kering –

● Air mata digunakan untuk membersih dan menyegarkan mata. Air mata akan berhenti keluar sekiranya jumlah air dalam badan semakin kurang.

10] Panas dalam badan –

●Air memainkan peranan penting dalam mengawal suhu badan. Apabila kamu mengalami dehidrasi, tubuh akan berhenti mengeluarkan peluh dan membuat badan kamu berasa panas.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...