Tiub fallapio tersumbat punca wanita tidak subur !!!
ASSALAMUALAIKUM SELAMAT MALAM
malam ni saya terpanggil nak bercerita tentang ketidaksuburan wanita .kebanyakkan wanita mempunyai masalah ketidaksburan ..dan masalah itu juga lah yg manjadi punca sesetengah wanita tidak boleh hamil ..jadi untuk mencegah masalah ini saya telah sediakan sedikit artikel berkenaan masalah ketidaksuburan wanita ini
Kerosakan tiub
fallopio lazimnya menyebabkan kesukaran untuk hamil. Bahkan antara 30
hingga 40 peratus wanita yang sukar hamil adalah disebabkan kerosakan
tiub fallopio.
Kerosakan
tiub fallopio boleh menyebabkan salurannya tersumbat. Kadangkala ia
menyebabkan tersumbat secara total dan adakalanya pula hanya separuh
(partial) tersumbat.
Dalam keadaan
separuh tersumbat, kehamilan luar rahim ataupun ectopic pregnancy
mungkin berlaku. Keadaan ini disebabkan perjalanan embrio (bakal janin)
ke dalam rahim tersekat. Oleh itu embrio terlekat di dinding tiub yang
mana ianya tersekat dan terus membesar.
Oleh sebab otot
di dinding tiub fallopio tidak setebal otot dinding rahim, kandungan di
tiub ini lazimnya pecah ketika janin berumur tujuh hingga sembilan
minggu.
Dalam keadaan ini, pembedahan perlu dilakukan untuk menghentikan pendarahan dan kandungan tidak dapat diselamatkan.
Kebanyakan
permasalahan di tiub fallopio disebabkan penyakit radang pelvis.
Jangkitan berlaku apabila kuman merebak ke dalam pelvis daripada
jangkitan yang ada di bahagian serviks atau rahim.
Ketika jangkitan
yang teruk berlaku, pesakit lazimnya demam, sakit perut dan
mengeluarkan keputihan yang berbau busuk. Jangkitan kuman boleh berlaku
selepas bersalin dan keguguran.
Difahamkan juga ketahanan seseorang wanita menurun ketika kedatangan haid dan subur ketika hamil.
Bagi pesakit
yang dijangkiti secara kronik pula, permasalahan kesakitan di bahagian
pelvis adalah berpanjangan. Kadangkala kesakitan ini boleh mengganggu
hidup harian seseorang wanita iaitu gangguan untuk bekerja, berjimak dan
tidur.
Kesakitan ini mungkin disebabkan oleh parut yang berlaku kerana jangkitan kuman.