nuffnang

Memaparkan catatan dengan label sakit kepala sebelah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sakit kepala sebelah. Papar semua catatan

Isnin, 27 Januari 2014

sakit kepala sebelah

Sakit kepala adalah gejala biasa yang kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Ianya melibatkan semua peringkat umur. Walaupun ianya tidak serius, tetapi ianya menyakitkan dan boleh mengganggu aktiviti seharian kita.

Kebiasaannya terjadi adalah disebabkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang di mana jiwa dan pemikirannya berkecamuk, tegang dan tertekan sehingga menyebabkan sakit kepala. Apabila seseorang berada di dalam keadaan tersebut, akan berlaku pengecutan salur darah dan memberi tekanan di sekitar otot-otot leher, kepada dan kulit kepala. 




Punca Sakit Kepala

1. Tekanan
2. Kemurungan
3. Tekanan darah tinggi
4. Kekurangan zat dan nutrisi
5. Dehidrasi
6. Faktor keturunan
7. Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
8. Pengambilan kafein yang terlalu banyak
9. Kesan dari pengambilan ubat-ubatan

Cara rawatan ? Kebiasaannya jika ke klinik, doktor akan beri ubat sakit kepala, ubat tahan sakit dan ubat tahan muntah. 

Pengambilan ubat-ubat ni kalau jangka masa pendek memang nampak elok sebab kalau serasi memang boleh sembuhkan sakit kepala tu. Tapi kalau untuk jangka masa panjang ? Tak kan kita nak bergantung selamanya pada ubat. Pengambilan ubat-ubatan sangat berisiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. 

Cuba tukarkan kepada pemakanan tambahan (suplemen) kerana suplemen diperbuat daripada bahan makanan dan merupakan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrien harian. 


Suplemen Untuk Sakit Kepala 

B Complex

Vitamin B2 dan Vitamin B6 membantu mengurangkan sakit kepala. Vitamin B lengkap di dalam B Complex Shaklee dapat mengurangkan risiko di serang sakit kepala/migrain malah ianya juga dapat mencegah daripada penyakit-penyakit seperti strok, depresi dan sebagainya.

Ostematrix

Magnesium yang terdapat di dalam Ostematrix enting untuk metabolisme kalsium. Ianya membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang/mengecut yang menjadi punca sakit kepala. Satu kajian telah dibuat ke atas magnesium, didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala dan mengurangkan frekuensinya. 




Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...