nuffnang

Sabtu, 18 Januari 2014

Advance Joint Health (AJHT)

Hai semua assalammualaikum selamat malam ..hari sha nak cerita pasal AJHT ..Apa itu AJHT ?AJHT ialah singkatan Nama dr Advance Joint Health.kenapa sha nak cite pasal AJHT kerana babah sha minggu lepas ada mengadu sakit sendi Dan dia minta sha bg supplement yg bagus untuk dia.sqkit sendi tu dah melawat sampai babah nak solat pun tak larat terpaksa solat duduk,nak naik tangga rumah apa tah lagi kan ...so sha ingat AJHT mmg supplement yg terbaik untuk babah...

Sakit sendi nie bukan saje menyerang orang yang dah berumur. Yang muda pun ada, bila berat badan berlebihan. Atau penggunaan sendi yang berlebihan seperti atlet. Bayangkanlah kalau sakit sendi. Nak jalan pun susah, apatah lagi nak buat aktiviti lain.

Jom saya nak share:

 10 Kebaikan AJHT (UBAT SAKIT SENDI PALING HOT)

  1. menyokong keselesaan sendi
  2. membantu kekalkan tulang rawan
  3. memelihara tisu penyambung yang sihat
  4. melancarkan pergerakan harian
  5. sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau)
  6. menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  7. anti radang semulajadi
  8. dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  9. memberi kekuatan kepada struktur sendi
  10. bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen.

hanya dibuat dari tumbuhan semulajadi 100%

kenapa perlu pilih AJHT?

Yelah, badan kita kan umpama enjin. Jika tak diletak minyak pelincir, akan sangkut tak boleh jadi. 

Dah jadi satu kewajiban untuk kita jaga badan yang Allah bagi pinjam nie. Ada cara bagi mengelak 
sakit sendi nie, tapi pencegahan mesti buat dari awal. Kalau dah sakit, makan AJHT nie...lepas tu kita cuba cegah dari sakit kembali. 
Sebagai contoh yang sakit sendi sebab berat badan berlebihan nie. Cara nak cegah, kurangkan 
pengambilan makanan. Makan yang cukup-cukup je. Jangan ikutkan nafsu. Pilih makanan yang sihat.
 Dan juga ada masa, buatlah senaman sikit-sikit. 

Yang sudah 'senior' atau berumur, makanlah makanan yang membantu penghasilan lendir di sendi-sendi. Jika susah nak dapatkan, amalkan je AJHT nie. Jangan risau, tiada kandungan dadah. Jadi boleh dimakan non-stop. 

Harga AJHT, ubat sakit sendi nie taklah mahal sangat. RM126.00 sahaja. Dan jika beli dengan saya, pastilah harga istimewa akan diberikan. Juga cara makan yang berkesan juga akan dikongsikan. Sebab saya sayang semua customer saya.



inilah AJHT
Nak lebih baik, boleh cuba Set Shaklee Ubat Sakit Sendi. Dalam set ini ada AJHT, Omega Guard dan Ostematrix. Omega Guard bertindak sebagai anti radang, menurunkan kolestrol dan menjaga kesihatan jantung. Ostematrix pula sumber 
kalsium terbaik. Menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang atau kebas, juga pelancar bahan buangan badan. 
set sendi sihat shaklee
Tak rugi labur untuk kesihatan. Jangan sampai duit yang disimpan-simpan dihabeskan semua di hospital. Jadi jagalah kesihatan sendi. Sendi yang sihat dan baik akan membolehkan kita bergerak aktif setiap hari. Sendi sakit...nak jalan pun payah.



Jadi jangan lupa untuk harga yang istimewa untuk ubat sakit sendi nie, hubungi saya secepat mungkin:

Sha 012-2566440
Sid 920960


GLA COMPLEX


Kenapa gla complex sangat penting untuk kita??

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Info lanjut mengenai GLA boleh baca dibawah.  Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin textureskin repair dan buat skin glowing.
Mari kita baca kebaikan GLA COmplex Shaklee :

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 


GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanitaIa sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik. Mari lihat testimoni dibawah





 jika berminat boleh call/whatsap
sha 012-2566440
sid 920960

Selawat Murah Rezeki


Assalammualaikum semua hari ini sha nak cita pasal selawat yang sering sha amalkan dalam kehidupan seharian sha ..ini adalah salah satu darinya tau ...pada awak awak semua boleh la amalkan selawat ni dan semoga hari hari awak semua di penuhi dengan rezeki yg halal dr allah s.w.t amin ya rabbalallamin
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. "
(Hadis Riwayat Baihaqi dari Al-Khatib)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : " Sesuatu doa terdinding (terhalang) sehinggalah seseorang yang berdoa berselawat kepada Nabi SAW. "
(Hadis Riwayat At-Tabaraani)

Allaahumma solli 'alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi 'u bihaa 'alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa 'alaa 'aalihi wasohbihi wasallim

Wahai Allah rahmati dan kurniakanlah
Kesejahteraan atas muhammad rasulullah
Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami
Dan menjadikan baiknya akhlak kami
dan curahkanlah kesejahteraan
atas keluarga dan para sahabatnya...

Semoga Allah membantu kita semua dalam menghirup secebis keredhaan dan rahmat-Nya.
-------Wallahu a'lam.--------

MEAL SHAKES

Mealshake bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah seisi keluarga. Macam-macam kebaikan Mealshake ini. Ia sesuai juga untuk ibu yang menyusu, mengandung, mereka yang berdiet,atlit dan macam-macam lagi. Jom baca sekilas fakta tentang Mealshake ni..



6 fakta tentang Mealshake:


1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 

  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak

  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 
  •  

Jika berminat whatsap /call
Sha 012-2566440
Sid 920960



CoQHealth Plus


Kita semua tahu serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Salah satunya mengamalkan CoQHealth Plus Shaklee suplement terbaik untuk jantung 



Mari kita berkenalan dengan CoQHealth Plus
CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus. Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel.
vitamin untuk jantung


Apakah peranan Co enzim Q10?

Co Enzim Q10  boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti  didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim Q10 dalam badan yang semakin merosot.

Ianya paling banyak didapati di organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas. Peranan Co Enzim Q10 adalah:

  • menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
  • bertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL) )
  • melindungi arteri dari kolestrol 'jahat'.
  • membantu menggalakkan fungsi yang sihat untuk saluran darah termasuklah  yang menyalurkan darah ke jantung
Kebaikan utama Co enzim Q10 ia dapat menangani serangan jantung. Jika kita didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung, maka jantung kita berisiko untuk gagal berfungsi dan menemui ajal. 

Kebaikan lain  Co enzim Q10 adalah ia dapat mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 penting untuk meningkatkan tenaga di 
dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Siapakah yang sesuai makan CoQHealth Plus?

Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Bagi mereka yang sudah mencapai 3 series, CoQHealth Plus adalah suplement wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan Co enzim Q10 mula beransur-ansur berkurangan. Pelbagai penyakit mula muncul semasa usia di 3 series jika kita tidak bijak menguruskan hal ehwal kesihatan kita.

Kebaikan CoQHealth Plus Shaklee
  • menyokong pengeluaran tenaga dalam jantung
  • menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan kolestrol 'jahat'
  • membantu menambah dan mengekalkan tahap Co enzim Q10 dalam darah
  • meningkatkan tenaga dan stamina diri
tips penjagaan jantung


Jantung merupakan kompenen paling berharga dalam tubuh kita. Pendek kata kalau jantung kita berhenti berdegup maka terputuslah amalan kita sebagai anak Adam di muka bumi ini. Jadi bagaimana kita nak pelihara jantung kita supaya sentiasa stabil dan sihat? Marilah kita mengamalkan  CoQHealth Plus Shaklee suplement terbaik untuk jantung.


Jika berminat whatsap/call 
Sha 012-2566440
Sid 920960






Khamis, 16 Januari 2014

DETIK HAKIM DILAHIRKAN

Assalammualaikum ..apa khabar semua arini sha nak cita pengalaman sha sewaktu melahirkan hakim..heheheh nak gelak pun ada sedih pun ada tp bak kata org pengalaman mendewasakan kita.kira kira setahun yg lepas 20 November 2012 aku dah start cuti masa tu mmg tak larat sgt nak bawa perut (semua org ckp perut aku besar sgt) dowang yg cakap tp aku yg bawa ni lagi la Allah .s.w.t je yg tahu tapi aku hepi sbb ni antara pengalaman aku semama pregnant.sepatutnya due yg doctor bagi 20 November 2012 tp aku sendiri tak tau sakit camne hehehe nak kata pecah air ketumban pun aku tak tau camne rasa sbb tkder pengalaman sib bek la kakak2 aku ada pengalaman so dowang  sharing la sikit ngan aku ..hari ke hari aku menunggu tp sakit tk juga datang ..so aku menghabiskan masa aku selama 9 hari kat umah nak kuar mmg tk larat la nak drive lagi la hubby plak bz keje outstation je memanjang sib bek la masa tu aku duk ngan mama n babah so ada la peneman.tp serious aku masa pregnant mmg suka duk teperap dlm balik dr pg sampai ptg kekadang hubby call Tanya (sayang wtper tu) aku nawab duk je baring sambil tgk dinding hahhaha sakit hati kan jawapan tu... Genap 9 hari aku duk umah iaitu 28 November 2012 aku  masih sama tk juga rasa sakit nak bersalin.puas la dok Tanya ulang ulang kat along aku camne rasa pecah air ketumban..sampai la 28 November tu kul 6.30 pagi tetiba rasa sakit konon sakit nak bersalin la tu.hahahah aku pun call mama sbb mama dah Pegi keje masa tu (ma adik da rasa sakit la )pastu mama ckp jgn lupa minum air selusuh Dan banyak lagi yg mama pesan.aku jawab (erm ok tp adik nk gi public bank dulu nak sign agreement) boleh ke nak bersalin pun pikir nak sign agreement hahahah selfie sgt kan hahahaha....I mummy rock uols ..aku pun siap siap la  tp sebelum tu hubby bawa gi breakfast dulu coz mama ckp makan telur separuh masak 2 biji bg tenaga nk bersalin Nnt .aku pun ikut la (org ckp petua org tua2 ni mujarab)pas breakfast aku terus Pegi sign agreement Dan setel sume aku terus amik mama bawa mama sekali Pegi hospital biasa la first baby la katakan tkder pengalaman ...sampai hospital hubby drop aku Dan mama Depan bilik bersalin (entah apa Nama bilik tu aku pun lupa)so aku Pegi la daftar Dan lepas daftar dowang bg aku kain suh pakai ...sambil tggu tu mcm gelagat Dan kerenah ibu mengandung aku tgk
 (dlm hati ni punya la  cuak sbb ada yg nangis ada yg buat muka seram )adoiii lagi la aku seram 1 bdn..Tina Nama aku di panggil puan shafawati Ibrahim aku pun pergi la .dan masuk dlm doc suruh aku naik atas katil masa tu kaki dah ketak tp rezeki aku la dlm doc pompuan.tp pengalaman negeri aku nak cita ni mmg aku dpt doc pompuan tpppppp..... (Dia selup tu aku rasa kuku dia panjang  sbb sakit lain mcm)dlm hati aku bodoh punya doktor...terus mengigil kaki n lutut aku ..kuar je nangis bgtau mama sakit la doctor tu selup kuku panjang ...hubby pun Cuba la tenangkan aku dengan baca surah surah al Quran.pendekkan cerita doc ckp aku kena tahan wad coz dh overdue 9 hari..aku pun kuar la bgtau hubby Dan mama then nurse pun siapkn aku nak hantar masuk wad...org first time masuk wad so seram la kan hehehehe...sampai je wad muka aku pelik tgk ibu ibu mengandung duk lepak lepak borak borak sambil makan mcd...dlm hati (ni wad ke apa ni ) ermmm ok lupa kan sampai tgk katil tambahan je dia bg aku..aduhh dah la panas aiyooo mmg tkleh bla ni (mane la hubby ni lambat sgt bawa beg naik)hubby sampai je aku suh dia Tanya nurse camne nak tukar bilik second clas coz kat hospital ampang tu ada second clas je..then nurse suh hubby turun n buat bayaran rm350 sebagai deposit. Mmg cepat sekejap je nurse dah panggil aku tukar bilik wow rasa hepi sikit la..mlm tu hubby call aku pun ckp kat hubby akk kat depan ni menangis sakit agaknye .mummy takot la daddy (puas la hubby dok pujuk aku bg relaks dan banyakkan doa moga dioermudahkan)
dipendekkan lagi cite esok ya 29 November 2012 still juga tak bersalin lagi .doc pun bg induce
sampai 2 Kali.adoii dah induce pastu kena selup lagi padahal fobia masa kena Korek kat emergency tu tk hilang lagi ni..pas selup tu aku pun balik katil dgn muka sedih Dan sakit terus call hubby pg tu
menangis2 sampai hubby pun tk faham apa yg aku ckp hahhaha...hubby pun ckp baca doa nabi Yusuf  tu satgi daddy dtg k mummy tggu tau...pastu nurse dtg sbb dgr aku menangis.nurse tanya (puan sakit
ke puan )aku pun tk Mampu nk kata apa 2 menangis je la keje aku heheheh ...tetiba doc pulak dtg sbb nurse tu bgtau aku nangis then aku pun cita la nape aku nangis n sebab apa aku fobia kena selup..doc pun pujuk la aku n tenangkan.then mama pulak call sbb hubby bgtau mama aku pun nangis la bila ckp ngan mama..mama ckp mama doakan adik selamat jgn pikir apa2 k satgi mama dtg..esok ya pulak 30 November 2012 7.30 pg nurse dah panggil sbb doc nak cek jalan.dgn rasa takut aku melangkah doc induce Kali ke3 sbb jalan langsung tak bukak..doc ckp kul 2 Nnt doc nak cek balik..tgh hari tu mama babah Dan hubby dtg bawa makanan aku pun makan tp tk selera sgt sbb dah
ckp ngan hubby ptg ni nak makan KFC.so tgh hari tu hubby Dan babah gi semayang jumaat balik je
hubby dr solat aku bgtau hubby doc ckp kena operation coz Jln tk bukak Dan baby punya jantung dah lemah..camne pun harini mesti keluar..so doc suh puasa coz operation kul 7.30 aku pun puasa la dlm hati sedih sbb tk dpt makan KFC.then kul 6 ptg nurse bg aku amik gas coz aku ada asthma sambil amik gas tu sambil tu berzikir Dan baca yasin dengan pegang tasbih yg acu bg masa melawat tu ni la pic aku masa amik gas dan sebelum bersalin
..selesai baca yasin hubby call ckp mummy dah siap ke dh kul 7.30 ni ..aku pun ckp operation dealay kul 9.30 mlm kalo daddy nk makan gi la makan dulu sbb lama lagi ni..tetiba dlm kul 8 nurse masuk Dan siap kan aku masuk kan tiub Kencing sume Dan nurse suh call hubby.aku pun call ckp daddy mummy dah nak masuk bilik operation.mmg cepat Dan pantas keje nurse dekat wad 4d tu..aku di layan bagai anak kecik..sampai je pintu luar wad aku nampak muka hubby dengan berkopiah Dan berswetaer sambil pegang burger masa tu jgn ckp la sedih dia mmg taktau nak cita camne muka hubby pun mmg sgt sedih masa tu.nurse pun tolak aku sampai luar bilik operation Dan letak aku bawah lampu panas masa tu jgn ckp la contraction punya la keras sampai nurse tu perasan perut aku Bergerak gerak.nurse tanya sakit ke puan? aku ckp baby Bergerak gerak sakit sgt nurse..then Tiba giliran aku last kes operation malam tu.masuk je bilik operation tu nurse terangkan satu per satu ttg bius Dan aku hanya Mampu mrnganguk je.tepat 9.30 operation berjalan sejam kemudian aku dgr suara baby uwek...uwek... Pastu aku dgr nurse ckp ( ya Allah besar ya patutlah tkleh kuar normal ibu dia kecik je.then nurse pun tunjuk kat aku (ya Allah syukur padamu )anak lelaki (dlm hati putihnya betul ke anak aku ni) 4.22kg uols ni pic hakim masa br lahir



hahahah aku pun relak sampai di bawa keluar dr bilik ot aku jupe hubby Dan Tarik nagas lega sume ya selamat.perbezaan aku Dan hakim mmg jauh jarak masa hakim lahir 10.38 mlm aku keluar dr bilik ot kul 12.dan masuk wad kul 1 pagi.tp baby masih belum ada pada kami..1.10pg nurse dtg bawa hakim Dan rupanya hakim dibawa ke pakar kanak kanak sbb masa hakim lahir pipi dia senget.so nurse terangkan anak aku sehat tanpa kecacatan Dan pipi tu senget coz masa pregnant aku sering tido sebelah kanan je sbb tu pipi hakim senget sbb terhimpit.syukur ya Allah.dan akhirnya azan Dan iqamat daddy laungkan di telinga hakim masa tu aku nampak air mata hubby bergenang aku pun turut sedih Dan gembira kerana sumenya selamat...



Itu saja lah cerita aku ( Muhamad Rizqi Hakim bin Muhamad Riduan )

50 Tips Membina Keluarga Bahagia - Dr Fadzilah Kamsah


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.



4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.



5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?
6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
12. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?
35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...