nuffnang

Rabu, 29 Januari 2014

Testimoni Gla complex

ASSALAMMUALAIKUM... SALAM SEJAHTERA  semua hari ini sha nak tunjuk testimoni customer yg dah berbulan bulan tak period tp selepas makan GLA COMPLEX period datang dan kembari normal...

GLA COMPLEX
- makan 2 biji sekali sehari sebelum tido
kuantiti = sebotol ada 60 biji tahan 1 bulan

jom kita lihat testimoni di bawah :


Testimon set kurus

ASSALAMUALAIKUM ... salam sejahtera semua ok hari ini sha nak tunjuk kat uls semua testimoni dari customer sha sendiri ye ..testimoni set kurus ok ..

SET KURUS SHAKLEE
- Lecithin makan 3 biji pagi 3 biji malam sehari selepas makan 
 kuantiti = sebotol ada 180 biji tahan 1 bulan

- Alfalfa complex makan 3 biji pagi 3 biji malam sehari selepas makan
 kuantiti = sebotol ada 330 biji tahan 2 bulan

- Esp minum 3 kali sehari
Bancuhan = 1 sudu besar + minuman kesukaan kita contoh milo atau oren jus
boleh juga dibancuh guna air mineral atau air kosong tp bukan air panas ye

anda di galakkan mengambil air yg banyak sekurang kurangya 3 liter sehari untuk membantu proses pembakaran lemak

jom lihat testimoni di bawah :

1) ini tetsimoni customer sha yg berjaya turun 3 kilo selepas amik set kurus ini 


2) ini testimoni kedua customer sha yg berjaya kurus ..siap bgtau seluar dah longgar sampai kena pakai tali pinggang punya la hebat penangan shaklee


Testimoni Set Kesuburan

ASSALAMMUALAIKUM ...selamat tegah hari semua hari ini sha nak tunjukkan testimoni dr customer sha sendiri ye yg berjaya hamil lepas 2 bulan makan set kesuburan ..

 Set Kesuburan
- GLa Complex untuk isteri 1 botol ada 60 biji tahan 1 bulan
- Zinc Complex untuk suami 1 botol ada 120 biji tahan 4 bulan

cara pemakanan set kesuburan ini :
-GLa complex makan 2 biji sehari sebelum tido 
- Zinc complex makan 1 biji sehari selepas lunch

anda digalakkan supaya minum air sebanyak 3 liter 1 hari atau pun lebih ..

jom kita lihat tetsimoni customer saya :

ini adalah testimoni pertama customer baru kahwin 1 tahun tp pregnant selepas amik set kesuburan suami isteri alhamdullah amin..tahniah dr saya buat anda berdua



ini adalah testimon kedua dr customer saya br makan sebulan set kesuburan suami isteri alhamdulillah rezeki mereka akhir istri pregnant 6 minggu ...tahniah ida dan suami .dan sekarang mereka still continue shaklee dengan set hamil pula





Selasa, 28 Januari 2014

CADANGAN VITAMIN UNTUK SAKIT TONSIL





Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apakah Penyebab dan Gejala Tonsil

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.



Antara Gejala Radang Tonsil

1. Sakit tekak yang kadang-kadang teruk





2. Tidak boleh menelan atau sakit bila menelan

3. Demam yang kadang-kadang sangat tinggi

4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan

5. Suara garau atau hilang suara

6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher

7. Mulut berbau busuk

8. Berdengkur waktu tidur

Adakah Tonsil Berbahaya?

Macam mana nak tahu jika kita terkena jangkitan virus atau bakteria?

--> Jika jangkitan virus,

Anak akan mengalami demam tinggi dan rendah tak menentu masa. Dan anak itu juga kelihatan cergas walaupun dia demam. Demamnya juga adalah lebih panjang.

--> Jika jangkitan bakteria pula,

Anak akan kelihatan lemah dan tidak bermaya, tetapi demamnya lebih singkat. Ia biasanya mempunyai kecenderungan untuk serangan yang berulang-ulang.

Tapi jika jangkitan bakteria lagi berbahaya

--> sebab jangkitan virus adalah dari salur pernafasan (upper respiratory tract infection)

--> Makakala bakteria pula, biasanya daripada jenis beta hemolitik streptokokus dikenalpasti sebagai punca jangkitan yang paling kerap berlaku. Jika jangkitan tonsil ini merebak ke kawasan peritonsilar, maka manifestasinya akan menjadi lebih teruk sedikit.

Kawasan peritonsilar akan mengalami keradangan dan kadang-kadang pengumpulan nanah akan berlaku. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan ada kalanya menyebabkan kesukaran bernafas.


Bagaimana merawat sakit TONSIL?

Untuk sistem pertahanan badan, ada beberapa produk shaklee yang boleh membantu berbeza mengikut usia :

✿ Umur 1 hingga 3 tahun ada alternatif iaitu mealshake (multivitamin dalam bentuk serbuk perisa vanilla).

✿ Umur 3 tahun ke atas boleh bagi chewable vita c shaklee bagi mengukukan sistem imun dan boleh bagi suku daripada sachet nutriferon untuk imun booster.

✿ Dewasa digalakkan mengambil nutriferon untuk meningkatkan ketahanan badan












Isnin, 27 Januari 2014

Cara Solat / Baca Doa Selepas Dhuha Dalam Rumi / Jawi


Assalamualaikum

Dhuha - Solat untuk membuka pintu rezeki.



1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat - 2 rakaat 1 salam.

2) Waktu paling afdal / sesuai untuk solat : Pagi - 20 minit selepas matahari terbit. Anggaran 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Sebelum zuhur).





"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Bacaan selepas solat Dhuha


Terjemahan bacaan doa selepas solat Dhuha dalam bacaan Rumi 


Allahumma innadh Dhuha~a Dhuha~uka,
Wal bahaa~a bahaa~uka
Wal jamaala jamaaluka
Wal quwwata quwwatuka
Wal qudrata qudratuka
Wal ishmata ishmatuka
Allahhuma inkaana rizqi fis samma-i fa anzilhu
Wa inkaana fil ardhi fa~akhrijhu
Wa inkaana mu'asaran fayassirhu
Wainkaana haraaman fathahhirhu
Wa inkaana Ba'idan fa qaribhu
Bihaqqiduhaa~ika wa bahaaika
Wa jamalika wa quwwatika waqudratika
Aatini maa ataita 'ibaadakash shalihin


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

sakit kepala sebelah

Sakit kepala adalah gejala biasa yang kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Ianya melibatkan semua peringkat umur. Walaupun ianya tidak serius, tetapi ianya menyakitkan dan boleh mengganggu aktiviti seharian kita.

Kebiasaannya terjadi adalah disebabkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang di mana jiwa dan pemikirannya berkecamuk, tegang dan tertekan sehingga menyebabkan sakit kepala. Apabila seseorang berada di dalam keadaan tersebut, akan berlaku pengecutan salur darah dan memberi tekanan di sekitar otot-otot leher, kepada dan kulit kepala. 




Punca Sakit Kepala

1. Tekanan
2. Kemurungan
3. Tekanan darah tinggi
4. Kekurangan zat dan nutrisi
5. Dehidrasi
6. Faktor keturunan
7. Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
8. Pengambilan kafein yang terlalu banyak
9. Kesan dari pengambilan ubat-ubatan

Cara rawatan ? Kebiasaannya jika ke klinik, doktor akan beri ubat sakit kepala, ubat tahan sakit dan ubat tahan muntah. 

Pengambilan ubat-ubat ni kalau jangka masa pendek memang nampak elok sebab kalau serasi memang boleh sembuhkan sakit kepala tu. Tapi kalau untuk jangka masa panjang ? Tak kan kita nak bergantung selamanya pada ubat. Pengambilan ubat-ubatan sangat berisiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. 

Cuba tukarkan kepada pemakanan tambahan (suplemen) kerana suplemen diperbuat daripada bahan makanan dan merupakan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrien harian. 


Suplemen Untuk Sakit Kepala 

B Complex

Vitamin B2 dan Vitamin B6 membantu mengurangkan sakit kepala. Vitamin B lengkap di dalam B Complex Shaklee dapat mengurangkan risiko di serang sakit kepala/migrain malah ianya juga dapat mencegah daripada penyakit-penyakit seperti strok, depresi dan sebagainya.

Ostematrix

Magnesium yang terdapat di dalam Ostematrix enting untuk metabolisme kalsium. Ianya membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang/mengecut yang menjadi punca sakit kepala. Satu kajian telah dibuat ke atas magnesium, didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala dan mengurangkan frekuensinya. 




ChEcklist/Senarai Barang yang Perlu Dibawa ke Hospital Semasa Bersalin

TIPS UNTUK PARA IBU















Bila kandungan mencapai umur 30 minggu, selalunya nurse akan nasihatkan packing siap-siap barang yang perlu di bawa ke hospital..Ini kerana bila kandungan dah mencapai umur 30 minggu, bila-bila masa saja kita boleh melahirkan. Di sini saya kongsi bersama senarai barang yang perlu di bawa ke hospital.

UNTUK IBU :

List :
1. Buku pink (buku kesihatan)
2. IC
3. Baju & seluar/skirt labuh untuk balik
*Hosp kerajaan sediakan baju untuk ibu
4. Stokin - 2 pasang atau lebih
5. Kain batik - 2 helai
6. Set mandian
*jika bersalin di hosp kerajaan. Hosp swasta biasanya dorang bagi

Sabun
Berus gigi/ubat gigi
Sikat
Pencuci muka
Tuala
Syampu
Losyen
Deodoran

7. Tisu
8. Selipar jepun
9. Pad
10. Seluar dalam - nak senang beli disposable panties
11. Nursing bra
12. Handphone & charge
13. Telekung

UNTUK BABY:

1. Baju baby - 2 pasang atau lebih
2. Sarung tangan, sarung kaki dan topi - 2 pasang atau lebih
3. Selimut -1
4. Tuala - 1
5. Bedung/Lampin - 2
6. Lampin pakai buang (disposable diapers) - 4
7. Barut -2
8. Set mandian baby - losyen, sabun & syampoo
* hosp kerajaan nurse akan mandikan
9. Wet tissue
10. Nappy cream
11. Minyak untuk sapu di perut baby
*nk ingatkn ibu2 kat luar sana, minyak Yu Yee diragui status halalnya yee..so pakai minyak lain le - minyak kayu putih ke, telon ke.macam sha mak sha guna minyak serai untuk hakim sbb bau dia wangi

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...