nuffnang

Rabu, 7 Januari 2015

PETUA MURAH REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat
setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya. (Riwayat at-Tirmizi)
4.Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram. (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
 Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.(Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya… (Riwayat Muslim)
8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.
10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. (Riwayat Bukhari)
12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedomanm mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya. (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

Ahad, 21 Disember 2014

TERIMA KASIH YA ALLAH

PERKONGSIAN BERSAMA

LA TAHZAN : USAH BERSEDIH

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...
2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..
3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nmpk jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.
4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.
5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.
6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.
7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian seblm bertemu kembali Hawa.
8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal.
9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat
Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...
Allah mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bilamana brrhadapan dgn sebarang musibah, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...
ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA
YA RAHMAN..
Jika sudi dikongsikan dgn sesiapa sahaja, silakan Jika tidak keberatan......
(Penulisan asal di dalam bahasa Inggeris.
Di translasikan oleh Zulkiflie Amir..)

Khamis, 18 Disember 2014

7 Tips Ajar Anak Solat Ikut Peringkat Umur. Sangat Mudah!


Melentur buluh biarlah dari rebungnya, perumpamaan ini boleh kita gunakan untuk mendidik anak-anak untuk belajar menunaikan solat.
Dalam konteks pendidikan awal anak-anak, tanggungjawab untuk mendidik anak untuk bersolat adalah satu amanah yang sangat besar dan berat. Mendidik dan mentarbiyyah anak-anak untuk solat tidak semudah kita mengajar anak ABC atau 123. Tanggungjawab yang besar ini datang dengan pelbagai ujian dan ini memerlukan ibubapa yang bijak.

1) Contoh tauladan yang baik.
Ibubapa adalah contoh terbaik dan terdekat untuk diteladani oleh anak-anak. Ayah yang selalu ke masjid, ibu yang terus bersiap solat ketika mendengar azan dan mendedahkan kepada anak-anak tentang solat berjemaah adalah antara contoh terbaik buat anak-anak.

2) Umur 0 – 2 tahun – Wujudkan suasana yang solehah (Biah solehah)
Walaupun anak-anak masih kecil, tidak mengerti dan tidak faham, namun suasana yang baik dan solehah akan menjadikannya biasa. Dia biasa melihat ibu dan ayahnya solat di awal waktu, solat berjemaah, tahu tentang azan dan mendengar bacaan ayat-ayat al-qur’an. Berkata-katalah dan bercerita dengan anak seperti, ” Tunggu sebelah Ummi ya, Ummi mahu solat.” . Atau ” Terima kasih sayang sebab tunggu Ummi solat.”

3) Umur 2 - 3 tahun - Ajar Anak
Sebagai ibu bapa usah merasa jemu untuk selalu ajak anak solat. Biar mereka biasa dengan ajakkan. Walaupun mereka hanya mendengar dan tidak mengikuti, teruskan menyebut setiap kali kita hendak solat. ” Jom ikut Ummi solat!”

4) Umur 4 – 6 tahun – Mengapa kita solat?
Sudah tiba masanya untuk ibubapa bercerita tentang kepentingan solat kepada anak mereka. Penerangan berbentuk cerita dapat memberikan gambaran yang jelas kepada anak-anak.
Dedahkan anak-anak secara kerap tentang masjid. Ajak mereka ke masjid. Perkenalkan tentang adab-adabnya, solat jemaah, hubungan sosial dengan jemaah yang lain dan sebagainya.
Pada umur begini juga ibubapa sudah boleh menghantar mereka ke tadika Islam yang mengajar mereka tentang solat agar mereka lebih faham dan seronok untuk solat.

5) Umur 7 – 9 tahun – Penekanan dan tanggungjawab
Ini adalah tahun-tahun pengukuhan bagi asas solat bagi anak-anak. Kita sudah menunjukkan contoh, ajakan dan pemahaman sejak lahir. Waktu ini anak seharusnya sudah tahu apa yang perlu dilakukan ketika azan, cara mengambil wudhuk, pergerakan dan bacaan dalam solat.
Walaupun tidak lancar dan tidak cekap, sekurang-kurangnya mereka sudah ada asas. Mencapai umur 9 tahun, ibubapa sudah mula sedikit tegas dan selalu mengingatkan mereka untuk solat.

6) Umur 10 tahun ke atas – Denda dan hukuman
Dalam hadith tentang solat, Nabi membenarkan untuk kita memukul anak yang ingkar solat ketika dia berumur 10 tahun. Tetapi sebelum kita memukulnya, adakah kita telah memberikan pemahaman serta contoh terbaik buat mereka?
Tidak semudah itu untuk ibubapa menjatuhkan hukuman dan memukul anak. Semoga kita menjadi pemimpin yang adil dalam menentukan hukuman dan denda terhadap anak-anak.

7) Doa
Selalulah amalkan doa Nabi Ibrahim.
Pelbagai teknik dan cara perlu diterapkan oleh ibu bapa di luar sana dalam mengajak anak bersolat. Kekerasan dan paksaan hanya akan membantutkan proses asas pemahaman solat ini.
Semoga anak-anak kita dapat menunaikan solat yang merupakan ibadat yang utama sebagai seorang muslim. Sebagai ibu bapa kita seharusnya memberi pendedahan solat seawal yang mungkin kepada anak-anak kita mengikut usia mereka.

sekian

Rabu, 17 Disember 2014

10 Kebaikan Susu Ibu Berbanding Susu Formula

Susu ibu adalah anugerah yang sangat berharga buat seorang ibu kepada anaknya. Jika ibu disahkan sihat dan mampu menyusukan bayinya, maka tiada makanan yang lebih baik dari susu ibu. Allah juga menyebutnya di dalam Al-Qur’an tentang tanggungjawab seorang ibu memberikan susu kepada anaknya sehingga berusia 2 tahun.
Dan ibu- ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” (Al Baqarah:233)
Tidak dapat disangkal lagi bahawa susu ibu itu mempunyai terlalu banyak khasiat sehingga tiada makanan atau susu yang dapat menandingi dan menggantikan susu ibu. Allah menjadikan susu ibu itu sesuai dengan keadaan bayi tersebut. Betapa hebatnya ciptaan Allah ini.
Kebaikan Susu Ibu

Untuk bayi:
Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
  1. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
  2. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  3. Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
  4. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  5. Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  6. Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  7. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  8. Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  9. Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  10. Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  1. membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  2. membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  3. mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  4. menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain – lain kebaikan:
  1. Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  2. Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Apa Risiko Jika Gagal Beri Susu Ibu?
Berikut adalah risiko jika bayi tidak diberikan susu ibu:
  1. Saluran pernafasan anak akan dijangkiti seperti batuk dan selsema, jangkitan pada usus seperti cirit-birit dan jangkitan pada salur kencing.
  2. Alahan pada kulit seperti eczema.
  3. Bayi pramatang mengalami necrotising enterecolitis
  4. Tahap perkembangan dan pencapaian yang agak rendah
  5. Mendapat jangkitan telinga
  6. Mengalami diabetes mellitus yang bergantung kepada insulin (keluarga mempunyai sejarah penyakit diabetes)
  7. Kematian bayi dan kanak-kanak pada usia muda
  8. Obesiti di kalangan kanak-kanak
  9. Berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung pada usia muda.


Selamat menyusukan bayi anda hanya dengan susu ibu!

Performance Drink


Performance Drink
Minuman tenaga yg hebat untuk lelaki dan wanita yg bekerja kuat pg ptg dan malam perlukan tenaga yg banyak ..
Minuman hidrasi performance drink boleh membantu meningkatkan tahap tenaga yg tinggi .
Pm/whatsap 0122566440

Minuman Performance Drink Shaklee ini diperlukan oleh setiap ahli keluarga anda yang tersayang. Sama ada suami, isteri mahu pun anak-anak anda yang riang dan aktif!
Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:

Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
Para pesakit yang menghidap gout.
Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
Anak-anak yang demam.
Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.

2 Kebaikan Performance Drink Shaklee, bebas karbonat & kurang gula!
Mengapa anda perlu berkata YA kepada Performance Drink Shaklee?

Bebas gas atau tidak berkarbonat.
Kurang kandungan gula (less sugar).
Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!

23 MANFAAT DAN KEBAIKKAN VITAMIN E

uols biasa dengar tentang Vitamin E. Vitamin nie mesti la famous terutamanya untuk kaum wanita yang mahukan kulit gebu, anjal, mulus, berseri-seri dan lain2 lagi. Meh sama2 kita lihat apa yang menarik tentang Vitamin E ini.

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Vitamin ini juga boleh didapati melalui makanan harian kita seperti :

1. Sayuran berdaun hijau
2. Kacang Soya
3. Semua Bijirin
4. Minyak sayuran
5. Beras perang
6. Jagung
7. Telur
8. Susu
9. Ubi kentang
10. Oat
11. Gandum
12. Rumpai Laut
13. Biji-bijian

Kebaikan Dan Manfaat Vitamin E Shaklee
1. Melambatkan penuaan
2. Menjaga kualiti sel kulit ibu yang mengalami banyak ketegangan dan perenggangan saat hamil
3. Pencegahan penyakit katarak
4. Mencegah penyakit jantung
5. Melindungi struktur membran daripada rosak
6. Mengelakkan metabolisme
7. Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah
8. Memperbaiki peredaran darah
9. Memelihara pembekuan darah
10. Mengurangkan parut
11. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
12. Meningkatkan pengeluaran air mani
13. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
14. Menguatkan dinding kapilari
15. Mengurangkan tekanan darah
16. Meningkatkan prestasi atlit
17. Kulit dan rambut menjadi sihat
18. Mencegah anemia
19. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
20. Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer
21. Menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam
22. Membantu kesuburan
23. Merapatkan hubungan suami isteri

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:

• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.

• Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

4 Petua Didik Anak Pintar – Ibu Bapa Mesti Baca!


Petua mendidik anak pintar mungkin jarang dikongsi oleh orang tua kita, kami paparkan 4 petua didik anak pintar yang boleh menjadi panduan untuk ibu dan bapa di luar sana.



[ Petua #1 ]
Setiap malam, apabila anak tidur, hendaklah kita wiridkan “Ya Latif” ke ubun-ubun kepalanya sebanyak mungkin. Memadai juga 100 kali.

[ Petua #2 ]
Selepas baca “Ya Latif”, bembaca Surah Al-Fatihah 1 kali dan Surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah) sebanyak 1 kali.

[ Petua #3 ]
Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan memanggil nama penuhnya. Perbualan dan percakapan itu mestilah yang berunsur nasihat, pujian dan bercerita tentang betapa kita sayang sangat pada dia.
Bicara tentang kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang itu itu sangat berkesan pada jiwa dan rohnya.

[ Petua #4 ]
Ayah dan ibu hendalah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada anak kita. Misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.
Semoga petua mendidik anak pintar ini menjadi salah satu panduan kepada ibu bapa di luar sana, tak salah untuk kita mencuba.


sekian
shafa

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...