TIPS BERHENTI MEROKOK!
Bagaimana nak BERHENTI MEROKOK?
Cakap senangkan. Orang yang merokok sahaja faham bagaimana susahnya berhenti merokok.
Kat sini aku bagi beberapa tips untuk si perokok yang ada kesedaran nak berhenti merokok.
1. Sentiasa mengunyah....x kiralah mengunyah gula-gula ke....chewing gum
ker...buah-buahan ker...biskut ker...asalkan anda dah siap sedia
makanan-makanan tu semua. Letak dalam 1 bekas. So bila rasa nak merokok
jer..cepat2 ler ambik makanan-makanan tu dan kunyah dengan jayanya.
2. 'What u THINK is what u are'. Begini....anda elakkan berfikir pasal
rokok. Atau anda perlu fikir NEGATIF pasal rokok. Cthnya : aku x nak
hisap rokok sebab aku sayangkan diri aku....aku mahu sihat.
Aku tak perlukan rokok sebab rokok ni bahaya...banyak bahan kimia dalam rokok. Aku x mahu mati cepat. Aku nak hidup lama.
Aku sayang isteri dan anak-anak aku. Tak mahu mereka juga hidu asap rokok penyebab penyakit asma, kanser dan sebagainya.
So...bila kita selalu "tanamkan" minda negatif terhadap rokok nescaya keinginan kita nak merokok akan tertangguh.
3. Selalu baca 'sebab-sebab anda nak berhenti merokok'. TULIS
sebab-sebab tu dan TAMPAL pada tempat yang mudah anda nak tengok.
Jadi...bila keinginan nak merokok tu datang...cepat2 tengok balik
sebab-sebab kenapa anda nak berhenti merokok tu kan. Mesti anda x jadi
nak merokok. So...TULIS!
4. Kerap basuh tangan dan mandi.
5. Setiap kali nak merokok. Anda keluarkan duit yang nak beli rokok tu.
Cthnya sekotak rokok RM 10 dan simpan dalam 1 tabung khas. Setiap kali
nak merokok je buat mcm tu. Tengok lepas sebulan. Kira brapa duit dalam
tabung tu jumlahnya. Bayangkan sehari RM 10. Sbulan dah RM 300. Kayo pak
cik kayo. So nak teruskan 'membakar duit' ke? Baik bayar kereta
bulan-bulan..hehe
Tengok pakcik ni ; dia berjaya kumpul RM 1270 selama 4 bulan tak hisap rokok, salute aku!!
6. Yakin diri dan berazam kuat untuk berhenti merokok.
7. Sokongan dari isteri/ibu bapa sangat penting. Hindarkan diri dari berkawan dengan perokok.
8. Berjumpa dengan pakar kaunseling dan dapatkan nasihat drpd mereka untuk bantu masalah anda.
9. Amalkan suplimen yang mengandungi antioksidan seperti vitamin a, c
dan e. Begitu juga dengan vitamin b. Shaklee menawarkan suplimen vivix
untuk perokok tegar untuk membantu berhenti merokok.
10. Berdoa pada Allah supaya anda dapat istiqamah untuk 'berperang' meninggalkan perkara haram. Rokok adalah haram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan