AWAS DENGAN PRODUK SHAKLEE!
KEBURUKAN PRODUK SHAKLEE YANG KITA PERLU TAHU.
1. Shaklee Tiada Kilang Di Malaysia
Shaklee memang tiada kilang di Malaysia. Kilang Shaklee
hanya ada di negara luar sahaja, terutamanya di US. Kenapa ye?? Mudah
sungguh jawapannya. Sebab Shaklee hendak mengawal kualiti semua produk
mereka. Jadi, pengeluaran produk Shaklee memang memerlukan tapisan dan
kawalan yang ketat.
2. Shaklee Tiada Sijil Halal JAKIM
HHmmm… Isu ini sedang hangat diperdebatkan. Sebagai umat
Islam sememangnya kita takut hendak mengambil produk yang tidak halal.
Cara untuk kita tahu sama ada produk itu halal atau tidak. Kita tengok
logo halal yang ada pada produk tersebut. Di Malaysia, badan yang
mengeluarkan status halal sesuatu produk adalah JAKIM. Malangnya,
Shaklee tiada sijil halal JAKIM. TETAPI Shaklee ada sijil halal dari
ISA.
Apa itu ISA? ISA adalah badan yang mengeluarkan sijil halal
di US. Setiap negara yang mempunyai penduduk beragama Islam akan ada
badan yang mengeluarkan status halal sesuatu produk di negara tersebut.
Maka di US, badan tersebut dikenali sebagai ISA. ISA pula sudah
direkodkan oleh JAKIM sebagai salah satu badan luar negara yang
diiktiraf status halalnya di Malaysia. Maka, JAKIM tidak perlu
meletakkan lagi logo halal JAKIM pada produk Shaklee. Lagi pun ISA nie
keluarkan sijil halal ni setiap tahun.
Keburukan Produk Shaklee Yang Kita Perlu Tahu
3. Produk Shaklee Mahal Sangat
Ana sudah menjual kepada ramai pengguna. Ramai yang bising
dan membandingkan harga produk Shaklee yang MAHAL dengan produk vitamin
lain. Sebenarnya, mereka tidak tahu bahawa, produk Shaklee yang MAHAL
nie boleh tahan berbulan-bulan lamanya. Malah ada yang tahan sehingga 6
bulan lamanya. Jadi, jika difikirkan semula… harga produk Shaklee
sebenarnya jauh lebih murah dari vitamin jenama lain jika di bahagikan
mengikut bulan. Contohnya, Vitamin C Shaklee berharga RM92.50 sebotol
dengan bilangan tablet sebanyak 180 biji. Jika kita mengambil sebiji
sehari tanpa terskip pengambilannya, boleh tahan untuk 6 bulan… Maka,
sebulan kita hanya membelanjakan sebanyak RM15.50 untuk Vitamin C
Shaklee. Bukan ke murah sangat-sangat dah tu…
4. Produk Shaklee Susah Nak Dibeli
Selalu Ana dengar orang mengeluh kerana produk Shaklee nie
susah sungguh nak beli… Di Farmasi tak jual pun… Apatah lagi di TESCO,
GIANT, WATSON dan sebagainya. Kenapa ye??? Sebabnya, Shaklee adalah
produk kesihatan yang eksklusif. Shaklee tidak perlu dipromosi seperti
barangan jenama COLGATE, Shukubutsu dan sebagainya. Kerana produk
Shaklee sememangnya sudah kukuh asasnya dan telah terbukti
keberkesanannya dengan pelbagai ujian kualiti dan banyak yang telah
dipatenkan.
5. Produk Shaklee Cepat Habis Stok
Sekarang nie memang sedang fenomena Shaklee di mana-mana
sahaja. Produk Shaklee memang macam goreng pisang panas. Memang stok
Shaklee asyik habis je… Susah sungguh nak maintain makan Shaklee nie.
Nak continue produk je, habis… hhhmmm… Hebat sungguhlah Shaklee nie…
Ramai yang percaya.
6. Produk Shaklee Tak Elok Dari Segi Bau Dan Warna
Kalau bau tak best ada pada B Complex Shaklee. Memang
baunya agak kuat.. lagi lagilah kalau kita letakkan di suhu bilik..
Memang berbau satu bilik tau… Lagi satu produk Shaklee yang bau tak
berapa nak wangi nie adalah Nutriwhite. Jika dibandingkan dengan pencuci
muka lain memang Nutriwhite ni kalahlah… hehe…
Lagi satu, warna yang tak menarik… tak warna warni pun… kenapa ye?? Sebabnya, Shaklee hendak mengekalkan semua produknya adalah semulajadi… So, tak delah tambahan pewarna dan pewangi lain… semuanya, bahan semulajadi. Tiada bahan kimia ye…
Lagi satu, warna yang tak menarik… tak warna warni pun… kenapa ye?? Sebabnya, Shaklee hendak mengekalkan semua produknya adalah semulajadi… So, tak delah tambahan pewarna dan pewangi lain… semuanya, bahan semulajadi. Tiada bahan kimia ye…
7. Produk Shaklee Tak Tahan Panas
Memang ada produk Shaklee yang tak tahan panas.
Terutamanya, yang dalam bentuk kapsul seperti omega guard, gla, lecithin
dan vit e. B complex pun sama. Sebab apa jadi macam tu?? Sebab produk
Shaklee nie tiada bahan pengawet dan bahan kimia… Semuanya semulajadi…
So, seelok eloknya, jangan lah dedahkan vitamin Shaklee korang tu kat
tengah panas macam dalam kereta yang berjemur ke… Nanti habis lah segala
zat dan nutrient dalam nya musnah...
8. Produk Shaklee Bukan Vitamin Sintetik
Pernah tak nampak di dalam botol botol yang ada gel silica…
Apa fungsi gel silica nie ye??? Gel nie berfungsi untuk menyerap
kelembapan… Vitamin yang ada gel silica di dalam botolnya, bermaksud
vitamin itu adalah vitamin sintetik… Tapi dalam botol produk Shaklee
memang tiada gel silica nie… Sebabnya, semua produk Shaklee adalah dari
badan semulajadi yang natural… bukan sintetik… Jadi, mana yang lebih
baik, SEMULAJADI atau pun SINTETIK… fikirkanlah…
Keburukan Produk Shaklee Yang Kita Perlu Tahu
9. Produk Shaklee Lama Nak Habis
Ana dah bagi contoh di atas tadi… contoh tentang Vit C yang
ada 180 biji yang tahan untuk 6 bulan. Zinc complex dan Vitalea yang
ada 120 biji yang boleh tahan sehingga 4 bulan… lama sungguh… jadi,
kalau rasa nak cepat habis vitamin tu… silalah kongsi dengan ahli
keluarga kita, confirm habis cepat… hehe…
10. Produk Shaklee Banyak Kesan Sampingan
Semasa awal pengambilan vitamin Shaklee mesti ramai yang
ada kesan sampingan. Ada yang rasa lemah badan, rasa lenguh badan, rasa
panas badan dan loya muntah… Sebabnya, badan kita nie nak mengubah corak
pemakanan… yelah, kalau sebelum nie kita makan macam macam… tak kisah
pun sama ada ia banyak kolestrol dan kandungan gula… lepas ambik vitamin
Shaklee, kita sebenarnya sedang membiasakan diri dengan vitamin
tersebut… vitamin tu sedang menyahtosinkan semua badan yang tak perlu
dalam badan kita nie… sebab tu kira merasa kesan sampingan nie…. Dan
sebenarnya kesan sampingan nie adalah krisis pemulihan badan kita
sendiri… tetapi, ramai yang tidak tahu… huhu…
11. Shaklee Tak Perlukan Duta Produk
Banyak sungguh jenama produk yang membayar artis-artis
terkenal dan orang penting untuk menjadi wakil produk mereka. Tetapi
Shaklee tidak pun. Kenapa ye??? Sebabnya, Shaklee memang mahukan mereka
yang biasa biasa ini untuk berkongsi kehebatan Shaklee. Lagipun, Shaklee
sememangnya sudah kukuh dan dan semulajadi selamat, berkesan dan
terbukti selama lebih 50 tahun lagi...
:) itu aje : credit pada rakan SID juga.