nuffnang

Selasa, 18 Februari 2014

AWAS DENGAN PRODUK SHAKLEE!


AWAS DENGAN PRODUK SHAKLEE!

KEBURUKAN PRODUK SHAKLEE YANG KITA PERLU TAHU.

1. Shaklee Tiada Kilang Di Malaysia

Shaklee memang tiada kilang di Malaysia. Kilang Shaklee hanya ada di negara luar sahaja, terutamanya di US. Kenapa ye?? Mudah sungguh jawapannya. Sebab Shaklee hendak mengawal kualiti semua produk mereka. Jadi, pengeluaran produk Shaklee memang memerlukan tapisan dan kawalan yang ketat.

2. Shaklee Tiada Sijil Halal JAKIM

HHmmm… Isu ini sedang hangat diperdebatkan. Sebagai umat Islam sememangnya kita takut hendak mengambil produk yang tidak halal. Cara untuk kita tahu sama ada produk itu halal atau tidak. Kita tengok logo halal yang ada pada produk tersebut. Di Malaysia, badan yang mengeluarkan status halal sesuatu produk adalah JAKIM. Malangnya, Shaklee tiada sijil halal JAKIM. TETAPI Shaklee ada sijil halal dari ISA.


Apa itu ISA? ISA adalah badan yang mengeluarkan sijil halal di US. Setiap negara yang mempunyai penduduk beragama Islam akan ada badan yang mengeluarkan status halal sesuatu produk di negara tersebut. Maka di US, badan tersebut dikenali sebagai ISA. ISA pula sudah direkodkan oleh JAKIM sebagai salah satu badan luar negara yang diiktiraf status halalnya di  Malaysia. Maka, JAKIM tidak perlu meletakkan lagi logo halal JAKIM pada produk Shaklee. Lagi pun ISA nie keluarkan sijil halal ni setiap tahun.

Keburukan Produk Shaklee Yang Kita Perlu Tahu

3. Produk Shaklee Mahal Sangat

Ana sudah menjual kepada ramai pengguna. Ramai yang bising dan membandingkan harga produk Shaklee yang MAHAL dengan produk vitamin lain. Sebenarnya, mereka tidak tahu bahawa, produk Shaklee yang MAHAL nie boleh tahan berbulan-bulan lamanya. Malah ada yang tahan sehingga 6 bulan lamanya. Jadi, jika difikirkan semula… harga produk Shaklee sebenarnya jauh lebih murah dari vitamin jenama lain jika di bahagikan mengikut bulan. Contohnya, Vitamin C Shaklee berharga RM92.50 sebotol dengan bilangan tablet sebanyak 180 biji. Jika kita mengambil sebiji sehari tanpa terskip pengambilannya, boleh tahan untuk 6 bulan… Maka, sebulan kita hanya membelanjakan sebanyak RM15.50 untuk Vitamin C Shaklee. Bukan ke murah sangat-sangat dah tu… 

4. Produk Shaklee Susah Nak Dibeli

Selalu Ana dengar orang mengeluh kerana produk Shaklee nie susah sungguh nak beli… Di Farmasi tak jual pun… Apatah lagi di TESCO, GIANT, WATSON dan sebagainya. Kenapa ye??? Sebabnya, Shaklee adalah produk kesihatan yang eksklusif. Shaklee tidak perlu dipromosi seperti barangan jenama COLGATE, Shukubutsu dan sebagainya. Kerana produk Shaklee sememangnya sudah kukuh asasnya dan telah terbukti keberkesanannya dengan pelbagai ujian kualiti dan banyak yang telah dipatenkan.

5. Produk Shaklee Cepat Habis Stok

Sekarang nie memang sedang fenomena Shaklee di mana-mana sahaja. Produk Shaklee memang macam goreng pisang panas. Memang stok Shaklee asyik habis je… Susah sungguh nak maintain makan Shaklee nie. Nak continue produk je, habis… hhhmmm… Hebat sungguhlah Shaklee nie… Ramai yang percaya.

6. Produk Shaklee Tak Elok Dari Segi Bau Dan Warna

Kalau bau tak best ada pada B Complex Shaklee. Memang baunya agak kuat.. lagi lagilah kalau kita letakkan di suhu bilik.. Memang berbau satu bilik tau… Lagi satu produk Shaklee yang bau tak berapa nak wangi nie adalah Nutriwhite. Jika dibandingkan dengan pencuci muka lain memang Nutriwhite ni kalahlah… hehe…
Lagi satu, warna yang tak menarik… tak warna warni pun… kenapa ye?? Sebabnya, Shaklee hendak mengekalkan semua produknya adalah semulajadi… So, tak delah tambahan pewarna dan pewangi lain… semuanya, bahan semulajadi. Tiada bahan kimia ye…

7. Produk Shaklee Tak Tahan Panas

Memang ada produk Shaklee yang tak tahan panas. Terutamanya, yang dalam bentuk kapsul seperti omega guard, gla, lecithin dan vit e. B complex pun sama. Sebab apa jadi macam tu?? Sebab produk Shaklee nie tiada bahan pengawet dan bahan kimia… Semuanya semulajadi… So, seelok eloknya, jangan lah dedahkan vitamin Shaklee korang tu kat tengah panas macam dalam kereta yang berjemur ke… Nanti habis lah segala zat dan nutrient dalam nya musnah...


8. Produk Shaklee Bukan Vitamin Sintetik

Pernah tak nampak di dalam botol botol yang ada gel silica… Apa fungsi gel silica nie ye??? Gel nie berfungsi untuk menyerap kelembapan… Vitamin yang ada gel silica di dalam botolnya, bermaksud vitamin itu adalah vitamin sintetik… Tapi dalam botol produk Shaklee memang tiada gel silica nie… Sebabnya, semua produk Shaklee adalah dari badan semulajadi yang natural… bukan sintetik… Jadi, mana yang lebih baik, SEMULAJADI atau pun SINTETIK… fikirkanlah…

Keburukan Produk Shaklee Yang Kita Perlu Tahu

9. Produk Shaklee Lama Nak Habis

Ana dah bagi contoh di atas tadi… contoh tentang Vit C yang ada 180 biji yang tahan untuk 6 bulan.   Zinc complex dan Vitalea yang ada 120 biji yang boleh tahan sehingga 4 bulan… lama sungguh… jadi, kalau rasa nak cepat habis vitamin tu… silalah kongsi dengan ahli keluarga kita, confirm habis cepat… hehe…

10.   Produk Shaklee Banyak Kesan Sampingan

Semasa awal pengambilan vitamin Shaklee mesti ramai yang ada kesan sampingan. Ada yang rasa lemah badan, rasa lenguh badan, rasa panas badan dan loya muntah… Sebabnya, badan kita nie nak mengubah corak pemakanan… yelah, kalau sebelum nie kita makan macam macam… tak kisah pun sama ada ia banyak kolestrol dan kandungan gula… lepas ambik vitamin Shaklee, kita sebenarnya sedang membiasakan diri dengan vitamin tersebut… vitamin tu sedang menyahtosinkan semua badan yang tak perlu dalam badan kita nie… sebab tu kira merasa kesan sampingan nie…. Dan sebenarnya kesan sampingan nie adalah krisis pemulihan badan kita sendiri… tetapi, ramai yang tidak tahu… huhu…

11.   Shaklee Tak Perlukan Duta Produk

Banyak sungguh jenama produk yang membayar artis-artis terkenal dan orang penting untuk menjadi wakil produk mereka. Tetapi Shaklee tidak pun. Kenapa ye??? Sebabnya, Shaklee memang mahukan mereka yang biasa biasa ini untuk berkongsi kehebatan Shaklee. Lagipun, Shaklee sememangnya sudah kukuh dan dan semulajadi selamat, berkesan dan terbukti selama lebih 50 tahun lagi...

:) itu aje : credit pada rakan SID juga.

Tiada ulasan:

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...