nuffnang

Isnin, 10 Februari 2014

Jaundice, Penyusuan Susu Ibu & Supplemen Shaklee





Jaundice adalah tanda kekuningan yang jelas timbul pada kulit dan mata putih pada bayi baru lahir. Ianya adalah normal pada bayi baru lahir dan lebih kurang 90% bayi mengalaminya 2 atau 3 hari selepas lahir. Tahap jaundice adalah tinggi lebih kurang pada hari keempat dan akan beransur hilang sehingga 2 minggu selepas kelahiran. Namun harus di ingat, jaundice bukanlah tanda anak anda sakit ataupun tidak normal atau anak anda mengalami penyakit.
Sewaktu bayi/anak kita di dalam rahim, bahan buangan akan dibuang melalui plasenta si ibu. Maknanya di sini bayi kita dibantu oleh si ibu. Namun, selepas bayi lahir, badannya sendiri harus melakukannya. Salah satu bahan buangan ini adalah BILIRUBIN. Badan bayi kita perlu masa untuk “belajar” membuang bilirubin sendiri. Jika kandungan bilirubin dalam badan terlalu tinggi, ini akan menyebabkan jaundice bayi tinggi. Hati akan menyingkirkan bilirubin daripada darah bayi (sel darah merah pecah lebih cepat sewaktu bayi berbanding org dewasa). Namun, hati bayi baru lahir masih belum matang dan mengambil masa untuk menyingkirkan bilirubin. Ini sebabnya 9 daripada 10 bayi mengalami kuning atau jaundice. Jika level bilirubin terlalu tinggi, kebiasaannya bayi akan ditahan dan diletakkan di bawah cahaya fototerapi.

Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?
Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :
• Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
• Peningkatan kekuningan yang cepat
• Bayi anda mengalami G6PD defisiensi
• Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk
• Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu
• Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat

Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?

Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:
• Gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.
• Kerosakan otak yang teruk (kernicterus)
Oleh itu intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.

Terdapat 2 cara rawatan kuning :

1. Rawatan foto - dimana bayi di letakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga
indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.
*** Jangan jemur bayi anda secara terus di bawah matahari kerana ia membahayakan bayi.

2. Kaedah pertukaran darah - Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi
menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri

Apa yg ibu perlu buat?

Melalui pengalaman saya..bayi yg kena jaundice/demam kuning ni memang suka tdo..buat la mcmana sekalipun dia tetap akan tdo..tak perlu nak bg mcm2 kat baby tu sebab die masih kecil and buah pinggang dia masih belum matang utk menreima makanan or minuman lain selain SUSU IBU..so ubatnya hanyalah kerapkan penyusuan susu ibu..setial 30 min or sejam kejutkan bayi anda dan susu kan dia..makin kerap ia menyusu maka makin kerap ia kencing & menbuang so dari situ kuning dalam badan dia akan di nyah kan...so ibu2 jgn give up & amek short cut sumbat FM pada anak anda...One way to boost ur milk ialah dengan mengamalkan set penyusuan Shaklee...

Utk info lanjut tentang set penyusuan Shaklee BOLEH HUBUNGI SAYA SHA
012-2566440

Tiada ulasan:

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...