nuffnang

Ahad, 13 Julai 2014

Lagu Raya : Keindahan Aidilfitri by SITI NORDIANA, SPIN, SYURA, BUDAK KA...

Kebaikan Meal Shake Shaklee Terbaik Untuk Anak Anda

Kebaikan Meal Shake Shaklee Terbaik Untuk Anak Anda

Meal Shake Shaklee sememangnya menjadi pilihan ramai ibu bapa hari ini untuk kesihatan menyeluruh anak-anak mereka yang sedang membesar. Diberi nama timangan "easy-on-the go-meal" merupakan supplement multivitamin shaklee yang mudah dan pantas disediakan yang melengkapkan keperluan nutrisi untuk anak yang sedang membesar.

Kebaikan Meal Shake Shaklee yang 1001 terutama memperbaiki selera makan anak yang picky eater, memperbaiki tahap kesihatan anak yang kerap demam, batuk, asthma dan kurang berat badan sememangnya diakui oleh ramai ibu bapa yang telah mencuba meal shaklee yang terbukti terbaik, berkesan dan semestinya selamat untuk kesihatan dalaman anak-anak.




Antara Kebaikan Meal Shake Shaklee

  • Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal
  • Menambah selera makan anak
  • Anak tak mudah kerap jatuh sakit
  • Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
  • Mengatasi masalah sembelit kanak-
  • Sebagai cara untuk menambah berat badan anak
  • Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat
  • Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french  vanilla dan teksturnya seperti susu tepung 
  • Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
  • Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
  • Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein

Meal Shake Shaklee merupakan supplement multivitamin yang menjimatkan kerana harga meal shake shaklee hanya RM114 satu tin yang seberat 544gm.

Kanak sedari usia setahun sudah boleh mengambil meal shake shaklee (yang tidak menyusu badan) sebanyak satu sudu teh atau satu sudu kfc yang kecil. Anak-anak yang minum susu ibu tak digalakkan bancuh dengan susu ibu, kerana ada kemungkinan anak akan tolak terus minum susu ibu selepas itu sebab rasanya yang berlainan.
Bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas sukatannya sedikit sahaja setiap hari untuk membantu mengekalkan perlindungan system imun pada tahap terbaik.

Sabtu, 12 Julai 2014

8 cara atasi anak mengamuk

Mengatasi anak mengamuk bukan perkara mudah. Tajuk kali ini adalah bagaimana kita mengawal anak yang mengamuk. Tindakan serta cara kita mengendalikan anak sangat penting dalam pembentukkannya. Temper tantrum atau sindrom mengamuk sering berlaku di kalangan kanak-kanak kerana ini juga salah satu cara mereka berkomunikasi.
Anak-anak sebesar ini masih rendah tatabahasa dan bilangan perkataan yang diketahuinya. Cara mudah dan cepat untuk dia memberitahu sesuatu adalah dengan menangis dan mengamuk.
Bukan mudah mengendalikan anak yang mengamuk jika kita tidak tahu cara yang paling baik bagi menanganinya. Ramai juga di kalangan ibubapa yang mengambil jalan mudah dengan memukul, menjerit dan memarahi anak dengan harapan anak akan berhenti mengamuk. Namun cara begitu lebih banyak memberikan impak negatif kepada anak-anak.
Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan jika anak mengamuk. Antaranya:
  1. Hanya ibu bapa yang mengetahui bila anak akan mengamuk. Kenali tanda-tandanya dan anda akan lebih bersedia jika anak anda mula mengamuk.
  2. Bertenang. Jika anak mula mengamuk, ibu bapa atau orang yang berada berdekatan dengannya perlu menunjukkan sikap bertenang. Jangan mudah melenting dan marah.
  3. Cuba memujuk. Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dengan lembut dan mesra. Itu petanda anda sedia untuk bekerjasama dan mendengar segala masalah yang sedang anak hadapi.
  4. Alihkan perhatiannya. Jika anda sudah nampak tanda-tanda yang dia mahukan sesuatu dan anda tidak dapat memenuhi hajatnya itu dan akan mencetuskan kemarahannya, cepat-cepat alihkan perhatiannya.
  5. Beri pilihan. Jika anak mula mengamuk, berikan dia pilihan, samada dia mahu bersikap baik dan tidak dimarahi anda. Katakan kepadanya jika dia bersikap baik, anda akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama.
  6. Biarkan. Jika pujukan tidak menjadi dan anak anda terus menghentakkan kaki atau berguling di atas lantai, biarkan dia. Namun pastikan keadaan sekelilingnya selamat dari barang-barang yang membahayakan.
  7. Nasihat. Anak yang mengamuk tidak akan mengamuk sepanjang hari. Dia pasti penat juga akhirnya. Pada waktu begini, anda belailah dia dan katakan kepadanya bahawa apa yang dia lakukan sebentar tadi adalah salah dan dia akan lebih disayangi jika dia bersikap baik dan mendengar kata.
  8. Bersifat tegas. Sesekali bertegas dengan anak. Jika dia mengamuk, katakan bahawa anda akan potong waktu bermainnya. Biar dia belajar bagaimana perasaan marah dan kecewa. Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu anda ambil.
Bolehkah anak kecil memahami apa yang dikatakan oleh kita?
Sudah tentu! Walaupun mereka kecil, mereka tahu ketika mana ibu bapanya marah, sayang, gembira, benci mahupun kecewa. Selalulah berkomunikasi dengan anak dan berbual dengan mereka tentang apa yang mereka dan anda suka. Nasihat yang berpanjangan akan mengurangkan temper tantrumnya.
Selamat mencuba!

kejutan hari jadi daddy

kejutan hari jadi daddy!!!
alhamdulillah dah 27 tahun daddy.hehheh jangan terkejut ok suami aku memang muda setahun dari aku..tp muka tua setahun dr aku hehehe sori b sayang bergurau je ...

tanggal 8 julai 2014 genap umur suami aku 27 tahun ..so bermakna dah 4 kali aku berada di sisi suami bila menjelang hari lahirnya ..pertama kali masa bercinta 2011 dan 3 kali selepas kahwin 2012,2013 dan 2014

tp percaya tau tak,tak pernah sekali aku menyambut hari lahir suami aku atau memberi hadiah ,ada la setakat belanja makan atau bg hadiah selepas dr tarikh nya sebab apa sebab kekangan wang ...aku bukan bergaji besar yela kerja sebagao receptionist ni bukan lah banyak sgt gaji setakat rm1200 tu apa la sgt kalo hidup di kota ni ...

tp hubby tak pernah meminta atau mengeluh walaupun tk pernah dapat apa2 dr isteri .kekadang kalo aku belanja makan atau beli hadiah dia akan tanya aku sayang ada duit ke ??nanti nak belanja sumer camne ??aku akan jawab ada la sikit padahal mmg tkder pada aku apalah salahnya bekorban sikit kan..ada penah sekali tu aku belikan kasut lepastu hubby akan bagi balik duit yg aku beli kasut tu pada aku ..dia akan ckp daddy tahu mummy takder duit mummy amiik simpan buat belanja ..

so dengan adanya bisnes shaklee ni sekurang kurangnya dapat juga membantu aku dan keluarga malah boleh juga aku beri pada mama dan babah merasa hasil bisnes aku ni ...
taggal 8 julai ari selasa aku pun minta la balik awal setengah hari kerja aku pergi tesco beli barang sbb nak buat chicken chop untuk hubby surprise la ktakan ..ala sambut kecil2 je aku 3 branak je ..aku pun siapkan semua sebab bezday hubby jatuh bulan puasa kan ..so aku dah plan semua dah siap beli kek lagi ..aku pesan kat hubby kalo nak balik bgtau sayang tau sbb sayang nak goreng chicken chop tu untuk b makan panas amboiii ekmain lagi ayat aku padahal nak surprise la feeling2 romantik potong kek hhahah ..

masam sampai umah tu dalam kul 8 malam juga la .aku sanggup berbuka minum air je sebab nak tunggu hubby balik ..so tepat 8 mlm hubby sampai aku pun bakar lilin atas kek dan nyanyikan SELAMAT HARI LAHIR BUAT HUBBY ..hubby terkejut dan hepi la atleast aku rasa puas hati dapat masakakn untuk hubby dapat beli kek dapat surprise kan dan paling aku hepi dapat HADIAHKAN HUBBY HANDFONE LENOVO ..walaupum hanya LENOVO tp pada aku tu 1 penapaian yg baik buat aku atleast aku dpt bg dia sesuatu .padahal hubby tak minta pun tp aku ikhlas bagi.dia dah banyak berkorban untuk aku setiap hari lahir ku mestia aku akan dapat barang kemas dr hubby walaupum kecik aku tk kisah asalkan ikhlas ..

alhamdulillah aku hepi bersuamikan MUHAMAD RIDUAN MUHAMAD U ARE THE BEST HUSBAND AND THE BEST DADDY IN THE WORLD SAYANG ..tq sayang coz membuatkan mummy dan hakim sentiasa raa hepi walaupun kekadang mummy sakit hati dengan perangai daddy tp itu semua asam garam rumah tangga sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri

ok itu je la aku nak cita ok byye nnt sambung lagi

PUNCA WANITA TIDAK SUBUR

Tiub fallapio tersumbat punca wanita tidak subur !!!

ASSALAMUALAIKUM SELAMAT MALAM
malam ni saya terpanggil nak bercerita tentang ketidaksuburan wanita .kebanyakkan wanita mempunyai masalah ketidaksburan ..dan masalah itu juga lah yg manjadi punca sesetengah wanita tidak boleh hamil ..jadi untuk mencegah masalah ini saya telah sediakan sedikit artikel berkenaan masalah ketidaksuburan wanita ini


Kerosakan tiub fallopio lazimnya menyebabkan kesukaran untuk hamil. Bahkan antara 30 hingga 40 peratus wanita yang sukar hamil adalah disebabkan kerosakan tiub fallopio.

Kerosakan tiub  fallopio  boleh menyebabkan salurannya tersumbat. Kadangkala ia menyebabkan tersumbat secara total dan adakalanya pula hanya separuh (partial) tersumbat.

Dalam keadaan separuh tersumbat, kehamilan luar rahim ataupun ectopic pregnancy mungkin berlaku. Keadaan ini disebabkan perjalanan embrio (bakal janin) ke dalam rahim tersekat. Oleh itu embrio terlekat di dinding tiub yang mana ianya tersekat dan terus membesar.

Oleh sebab otot di dinding tiub fallopio  tidak setebal otot dinding rahim, kandungan di tiub ini lazimnya pecah ketika janin berumur tujuh hingga sembilan minggu.

Dalam keadaan ini, pembedahan perlu dilakukan untuk menghentikan pendarahan dan kandungan tidak dapat diselamatkan.

Kebanyakan permasalahan di tiub fallopio disebabkan penyakit radang pelvis. Jangkitan berlaku apabila kuman merebak ke dalam pelvis daripada jangkitan yang ada di bahagian serviks atau rahim.

Ketika jangkitan yang teruk berlaku, pesakit lazimnya demam, sakit perut dan mengeluarkan keputihan yang berbau busuk. Jangkitan kuman boleh berlaku selepas bersalin dan keguguran.

Difahamkan juga ketahanan seseorang wanita menurun ketika kedatangan haid dan subur ketika hamil.

Bagi pesakit yang dijangkiti secara kronik pula, permasalahan kesakitan di bahagian pelvis adalah berpanjangan. Kadangkala kesakitan ini boleh mengganggu hidup harian seseorang wanita iaitu gangguan untuk bekerja, berjimak dan tidur.

Kesakitan ini mungkin disebabkan oleh parut yang berlaku kerana jangkitan kuman.

Khamis, 10 Julai 2014

DUNIA BISNES DUNIA CABARAN

DUNIA BISNES DUNIA CABARAN

Salam sejahtera semua. Moga semua dalam keadaan sihat hendaknya dan selamat berpuasa.
Pernah tak kita fikir sejenak. Adakah dengan kerja yang kita buat SEKARANG ini mampu membebaskan kita dari belenggu hutang? Atau adakah dengan kerja yang kita buat SEKARANG ini mampu menunaikan impian besar kita? ~ semua orang ada IMPIAN. Tapi sejauh mana kita bekerja keras untuk merealisasikan impian itu?

Ya...bercakap soal IMPIAN memang mudah dan indah. Ada yang mengaku mahu bantu orang sekeliling lebih sihat...mahu bantu org sekeliling jana pendapatan dengan shaklee...tapi periksa diri sendiri...adakah kita sudah mula membantu diri kita sendiri dahulu?

Bantu diri kita dahulu. Ubah mindset kita. Seterusnya ubah diri kita. Apabila diri kita positif...dengan sendirinya gelombang positif itu sampai kepada orang sekeliling kita.

Ya...'ubah diri kita dahulu'. Buang keladak dalam diri kita. Fikir yang baik-baik sahaja dan bertindak untuk perkara2 yang baik2 sahaja dan impactnya yang baik2 sahaja yang akan datang

X percaya? Xpe...tapi sila buat dan rasainya sendiri
‪#‎nota‬ kaki : kalau nafsu tidur, nafsu tv, nafsu buat perkara-perkara lagha masih belum dapat dibendung. Itu penghalang no 1 untuk kita berjaya.
Sekian,
 

Selasa, 8 Julai 2014

PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPPLEMENT

 1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...