Selasa, 7 Januari 2014
VITA E COMPLEX
Vitamin e memang sinonim dengan kecantikan. Maka tidak hairanlah vitamin e sangat popular dikalangan wanita dan lelaki yang mementingkan kecantikan. Memandangkan banyak permintaan terhadap vitamin e ni, maka syarikat pengeluar makanan tambahan dan sebagainya turut berlumba2 mengeluarkan vitamin e.
Walaupun pelbagai jenama vitamin e boleh didapati di pasaran, tidak semuanya adalah sama. Anda haruslah bijak dalam memilih vitamin e anda. Semestinya vitamin yang semulajadi, dihasilkan dari jenis d-alpha tocopherol (jenis vitamin e yang paling aktif dan power ) dan dilengkapi selenium adalah pilihan vitamin e yang terbaik. Dan semestinya Vitamin E Shaklee menepati kriteria2 di atas dengan cemerlang!
Vitamin E Shaklee diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum (yang kaya dengan Vitamin E), dihasilkan dari jenis d-alpha tocopherol dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin e yang lain (alpha, beta, gamma, delta). Setiap kapsul Vitamin E Shaklee mengandungi 400IU. Ia juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap vitamin e, memelihara membran sel2, sel darah merah dan tisu otot. Selain itu, ia juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina. Ini membuatkan Vitamin E Shaklee adalah vitamin e yang paling lengkap dipasaran.
Adakah vitamin e hanya untuk kecantikan? Tidak. Sebenarnya banyak lagi kebaikan yang vitamin e tawarkan.
Kebaikan pengambilan Vitamin E Shaklee:
Vitamin E Shaklee disertai dengan selenium. Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan Vitamin E haruslah lengkap dengan selenium untuk mendapatkan kesan pengambilan yang optimum. Tanpa selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka masa panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.
Melindungi jantung dengan pengambilan 800IU sehari. Ia melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat pada dinding arteri, menghalang anemia, penyakit jantung dan lain2.
Vitamin untuk awet muda (anti-penuaan). 1 kapsul vitamin e sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, dan bintik penuaan. Ia juga mampu memulihkan tekstur dan tona kulit, dada, otot dan peha dan membantu mengurangkan jerawat dan menyerikan kulit.
Membantu menghalang sunburn sekiranya diambil bersama2 vitamin C.
Antioksidan yang kuat. Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk antioksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambat pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas, memperbaiki masalah oksidasi-katarak dan masalah penglihatan.
Membantu mempercepatkan proses pembaikan luka. Oleh itu, ianya amat sesuai bagi ibu-ibu menyusu yang mengalami masalah nipple crack atau puting melecet. Pengambilan Vitamin E secara teratur dapat mencerahkan bahagian puting yang telah menjadi gelap berikutan kehamilan serta mengurangkan kesan regangan kulit atau stretch mark.
Membantu mengekalkan kelembapan kulit dan seterusnya mengelakkan kekeringan, kegatalan dan kulit yang merekah.
Mengatasi masalah kedinginan atau low sex drive yang sering dialami oleh ibu-ibu menyusu berikutan kehadiran hormon prolaktin yang tinggi. Ia juga merangsang LIBIDO (keinginan seks). Sebab itulah Vitamin E turut dikenali sebagai vitamin cinta.
Membantu meningkatkan kesuburan. Kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin e mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin e sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. sekaligus meningkatkan peluang kepada yang ingin mendapatkan zuriat.
Menghalang risiko penyakit Alzheimer dengan pengambilan sekurang-kurangnya 400IU sehari.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan